Salah satu cara kita mendekati isi kandungan terjemahan Al-Quran ialah melalui Al-Quran tagging. Al-Quran tagging memudahkan lagi pemahaman initipati ayat-ayat Al-Quran. Pencarian dan pembacaan menjadi lebih mudah untuk dirujuk. Ayat-ayat terpilih dilabel dalam topik dan tema, membolehkan pembaca menerokai bahagian-bahagian Al-Quran yang tertentu dengan cepat.
SPESIFIKASI:
Variasi jumlah tag:
- 210 tag + 30 tag juzuk
- 200 tag + 30 tag juzuk
- Tag merangkumi tema iman, kisah nabi, akhlak, motivasi, ibadah, keluarga dan doa-doa terpilih.
KEISTIMEWAAN:
- Setiap Tagging ditampal secara buatan tangan.
- Sesuai untuk dijadikan hadiah atau hantaran perkahwinan.
- Sangat digalakkan digunakan untuk mentadabbur Al-Quran
Disemak dan diluluskan oleh ahli Lajnah Tasheh al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.