AKHIR-AKHIR ini, jihad seringkali
disalahertikan. Malah, ramai pihak termasuk umat Islam sendiri keliru tentang pengertian
jihad dari sudut makna dan pelaksanaannya. Pihak Barat pula sering menonjolkan
pandangan yang salah terhadap Islam sehingga setiap perkara dalam Islam
dipersoalkan, dipertikaikan dan diperlekehkan.
Jihad juga dianggap sesuatu perkara
berat kerana pemahaman dan persepsi masyarakat yang begitu sempit. Sedangkan
perkataan jihad itu sangat luas dan mulia kerana ia datang daripada ALLAH dan
daripada Rasulullah SAW sebagai junjungan besar umat Islam.
‘JIHAD BUKAN SEKADAR PERANG’ menghuraikan
konsep jihad yang sebenar. agar tujuannya dapat membangkitkan semangat
perjuangan dalam diri. Di samping menjelaskan ciriciri dan ujian-ujian yang
perlu dihadapi oleh umat Islam dalam meninggikan kalimah ALLAH. Turut
menyajikan kisah teladan para