Karya ini akan mengubah cara berfi kir untuk melihat
keagungan ciptaan ALLAH SWT. Secara tidak langsung ia membuktikan keagungan
kitab suci al-Quran.
Al-Quran sentiasa menyeru manusia untuk mengenal dan
memahami diri mereka serta menyediakan ilmu dan pengajaran untuk diimani. Pada
setiap ayat-ayat al-Quran, telah dilakukan pentafsiran dan penelitian yang
mendalam yang telah dibuktikan bahawa ia adalah suatu mukjizat yang paling
agung dan kalam-kalam di dalamnya hanya dari Tuhan Yang Maha Menciptakan.
Sehingga ke hari ini, walaupun abad berganti abad, al-Quran itu masih tetap
unggul, sahih dan tiada tandingannya.
Manakah lagi kitab yang lebih benar daripada al-Quran?
Bahkan dijamin akan terpelihara sehingga hari Kiamat. Ambillah sebanyak mungkin
manfaat daripadanya. Ia sarat dengan input-input luar biasa yang semestinya
perlu dikongsi bersama dalam menguatkan lagi keyakinan kita terhadap kebenaran
kitab-Nya.