Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, mereka itu pasti akan masuk ke syurga dan tidak akan dianiaya walau sedikit pun.” – Surah an-Nisa’: 124
ALLAH yang Maha Adil telah menjanjikan syurga kepada semua hamba-NYA dengan syarat mestilah beriman dan ikhlas melakukan amal soleh. Insan yang mengorbankan jiwa raga demi menegakkan kebenaran Islam yang suci akan diberikan kedudukan yang tinggi lagi terpuji di sisi-NYA. Meski diuji dengan pelbagai azab yang dahsyat, namun keyakinan kepada ALLAH S.W.T tetap tidak goyah.
43 orang srikandi Islam yang dipaparkan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anak Rasulullah s.a.w, isteri Khulafa ar-Rasyidin serta wanita terbilang yang hidup pada zaman baginda. Meskipun jasad mereka telah terkubur, namun segala keperibadian mulia wanita solehah ini terus dikenang kerana teguhnya diri menyayangi Islam. Sama-samalah kita jadikan kekentalan iman dan pengorbanan srikandi ini sebagai teladan dalam melayari kehidupan.
ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
- Demi Cinta Zainab
- Maryam Puteri Imran
- Kisah Balqis Ratu Saba’
- Keutuhan Iman Masyita
- Asiah Isteri Firaun yang Beriman
- Kisah Aminah Bunga Mawar Quraisy
- Fatimah yang Hidup Penuh Kesederhanaan
- Diseksa Tidak Mengubah Pendirian Zinnirah
- Khadijah Penyuntik Semangat Rasulullah s.a.w
Naelah Gadai Nyawa Demi Khalifah Uthman al-Affan