Menghukum kafir adalah suatu hukum agama (syar`i) dan tidak boleh berdasarkan pendapat semata-mata. Oleh itu, untuk memperkatakan tentangnya perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis yang jelas.
Golongan yang jelas dikafirkan oleh Allah dan Rasul-NYA itulah diimani. Sebaliknya, golongan yang tidak jelas hendaklah didiamkan. Begitu juga kenyataan menghukum seseorang fasiq (ahli maksiat), adil, termasuk ahli syurga atau neraka.
Pada hari ini, kafir-mengkafir sudah terbiasa di mulut segelintir umat Islam hanya kerana diucapkan oleh sebahagian ulama. Justeru, buku ini menolak pendapat golongan yang gemar mengkafirkan umat Islam yang belum jelas kekafirannya.