HALF OF MY MISTAKES


“Kenapa eh kita perlu jumpa orang yang salah dalam hidup?” Syuhada bertanya sambil menyuap sesudu kecil aiskrim ke dalam mulut.

Ada krim terlekat di tepi bibirnya. Suhaid ketawa kecil dan Syuhada sedar akan itu, pantas dia mengambil tisu lalu mengelapnya.

“Kalau kita ada jawapan untuk semua benda dalam hidup ni, tak mencabarlah.” Suhaid sengaja tidak menjawab soalan Syuhada walaupun dia tahu Syuhada mahu mendengar jawapannya.

“Alah...” Syuhada mencebik. Suhaid selalu kalah dengan wajah itu lalu menggelengkan kepala.

“Hmm… macam nilah, kita mungkin mencintai orang yang salah dan terluka disebabkannya but sometimes, the wrong choices bring us to the right place.

“Maksud awak?”

"Kalau seseorang tu betul untuk kita, mestilah kita dah bersama dengan dia sekarang. Masalahnya tak, kan? Jadi mungkin tu bukan seseorang yang ditakdirkan untuk kita. Fate is, entahlah, aneh? Kadang kita usaha sekuat mana pun, takdir juga yang akan menang. Jadi yeah, we can't complain much. Ada la tu sebabnya kenapa kita harus berpisah dan terpisah. Yang utamanya, mungkin sebab ada yang lebih baik."

Syuhada mengherotkan bibir. Suhaid selalu berkata dia comel berbuat begitu tapi dia sering menafikannya sebab dia pernah tengok sendiri di hadapan cermin. Buruk!

“Yelah tu kot. Terima kasih. Urm… nak aiskrim lagi boleh?” Suhaid ketawa.

“Mari.”

sabar
BUKU BERKAITAN
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });