Jangan lemah kerana manusia, bukan mereka yang akan tolong kita di...


Dayana Amerda | 03-02-2020

Istiqamah – Tugas Rohani

Istiqamah bukanlah mudah, tetapi tidak mustahil untuk kita usahakannya. Ramai yang bertanya bagaimana caranya untuk istiqamah, saya sendiri pun terumbang-ambing tetapi saya berikan tips ini untuk sedikit sebanyak (mudah-mudahan, inshaAllah) membantu perjalanan hijrah kalian.

Pertama, betulkan niat.

Alhamdulillah, saya yakin bahawa perkara yang paling menguatkan saya untuk terus bertahan dalam ketaatan meski pelbagai rintangan mendatang adalah niat yang jelas. Niat yang jelas dan betul teramat penting kerana setiap amal seseorang bergantung kepada niatnya. Kita juga harus faham dengan niat kita. Cara untuk faham niat kita adalah dengan menanyakan soalan-soalan ini kepada diri sendiri.

1. Untuk apa aku buat ini ?

2. Untuk siapa aku buat ini ?

3. Apa kebaikan jika aku buat ini ?

4. Apa keburukan jika aku tidak buat ini ?

Soalan-soalan ini senang untuk kita tahu bahawa niat kita tersasar atau tidak. Jangan lupa untuk sentiasa ‘check’ niat kita bila kita sedar yang kita mula perlahan-lahan menjauh dari jalan lurus hijrah. Bila kita buat sesuatu hanya kerana Allah, insyaAllah kita akan kuat untuk hadapi dugaan, terutamanya dugaan dari manusia. Jika diejek sekalipun, kita tidak akan mudah goyah dan kembali ke jalan lama. Jika tiada seorang pun yang menyokong perjalanan hijrah kita termasuklah ibu bapa, kita tidak akan mudah menyerah. Ini kerana kita tahu bahawa kita lakukan semua ini demi menjadi hamba Allah yang taat, walaupun perbuatan kita kelihatan asing di mata dunia.

Benar, kita akan berasa sedih dan kecewa dengan manusia yang begini. Tetapi bila niat kita lillahitaala dan kita lakukannya demi kejayaan diri di dunia dan akhirat, kita akan teruskan tanpa terdetik di hati untuk berhenti. Sedarlah bahawa rintangan yang Allah berikan sebenarnya adalah cara Allah menghapus dosa lama (zaman sebelum hijrah), mengangkat darjat (jika kita berjaya sabar) dan ujian-ujian yang dilalui amatlah mermberi jasa dalam menguatkan mental kita. Kalau kalian berhijrah dan mendapati bahawa hijrah kalian lancar tanpa sebarang ujian, kalian wajib risau.

Di awal penghijrahan saya, secara jujurnya, saya tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari orang sekeliling. Saya diperli ‘warak’ dan dipanggil ustazah hanya kerana saya selalu memakai stoking, bertudung labuh menutup dagu dan berlengan panjang. Terkadang bila saya merasa seperti “this gotta stop”, hati kecil akan bertanya, “Kena jadi ustazah dulu ke baru nak patuh dengan apa yang Allah suruh ? Ke ustazah atau orang yang ambil aliran agama je yang Allah perintahkan untuk patuh ?”. Diam tak bermakna saya membiarkan kata-kata mereka jejaskan hijrah saya. Saya tak mahu pujian dan tidak apa dicaci, asalkan saya tahu saya tidak melakukan benda yang salah di sisi Allah. Sebaiknya dalam situasi ini, kita sewajarnya mendoakan mereka agar diberi kesedaran dan taufiq untuk berubah. Jangan lemah kerana manusia, kerana bukan mereka yang akan tolong kita untuk jawab soalan-soalan yang ditanya di alam barzakh dan di Padang Mahsyar nanti. Untuk kes ini, tidak mengapa untuk menjadi ‘selfish’ dan degil mendengar mulut orang demi agama tercinta.

“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”. HR. Bukhari (1) & Muslim (1907)

Sambungannya di buku REMEDI by Dayana Amerda.

 

⭐ 𝗘𝗞𝗦𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙 & 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 ! ⭐
=======================
Special Pre-Order Buku Remedi di Karangkraf Mall,
dapatkan 𝗞𝗮𝗱 𝗠𝗼𝗺𝗲𝗻𝘁𝗼 & 𝗔𝘂𝘁𝗼𝗴𝗿𝗮𝗳 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 (𝗘𝗸𝘀𝗸𝗹𝘂𝘀𝗶𝗳 & 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱) secara 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 dengan setiap pembelian buku 𝗥𝗘𝗠𝗘𝗗𝗜 ini ! (terhad untuk pembelian terawal)
.
Hanya RM20 ( Asal RM25 )
Dapatkan sekarang di :
https://www.karangkrafmall.com/remedi
https://www.karangkrafmall.com/remedi
.
Atau
WhatsApp 019-229 7227
.
.
p/s : buku akan diposkan sebaik sahaja siap cetak.

remediistiqamah
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });