AWAS, FITNAH ITU LEBIH DAHSYAT DARIPADA MEMBUNUH!


Gambar hiasan

Fitnah atau dakwaan palsu adalah perkara yang dimurkai ALLAH SWT. Berdosa besar sekiranya kita menabur fitnah. Lebih-lebih lagi jika mangsa menjadi trauma sehingga menyeksa emosi dan kehidupannya. Sesungguhnya, fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!

Pada zaman teknologi serba canggih kini, fitnah semakin mudah terjadi lantas tersebar meluas dalam sekelip mata sahaja tanpa kita menyedarinya.

Daripada Huzaifah r.a, sabda baginda bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” - HR Bukhari & Muslim

Sebagai seorang Muslim, kita dinasihati agar tidak tergesa-gesa percaya dengan kenyataan yang belum tentu kesahihannya. Kita tidak tahu punca dan asal berita itu. Jadi lebih baik kita mendiamkan diri dan tidak menyampaikannya kepada orang lain dengan cara membuta tuli.

Fitnah boleh memberikan impak yang besar kepada kehidupan seseorang dan juga mereka di sekeliling kita. Usahlah kita menabur fitnah! Jauhilah diri kita daripada perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Kewujudan media sosial sekarang ini secara tidak langsung juga sebenarnya boleh mengakibatkan fitnah yang kadangkala terlalu mengaibkan diri seseorang itu. Tepuklah hati, tanyalah iman dalam diri.

fitnah
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });