Idea Sedekah Guna Barang Kedai Eco RM 2.10


Gambar Hiasan

Tips sedekah cara kreatif, mudah dan praktikal:

  1. Alat tulis

Sekarang sekolah pun baru bermula kan. So, kita bolehlah beli pen ke pemadam ke pensil ke untuk dijadikan hadiah kepada adik-adik atau anak buah. Ada banyak lagi barang berkaitan alat tulis yang ada. Buku berwarna pun ada. So, kita boleh wrap lawa-lawa dan berikan pada sesiapa yang kita nak bagi.

2. Tisu

Selalu kalau masuk surau awam, mesti tak ada tisu kan? So, apa kata kita beli tisu dan letak kat situ. Nak letak kat surau office sendiri pun tak apa. Nak guna brand lain pun tak apa juga. Terpulang kepada kewangan masing-masing.

3. Selipar kat Eco pun RM2.10 je. Kita boleh beli dan letak kat surau toilet awam.

4. Bedak baby

Ni pun sama juga. Boleh letak di surau office atau mana-mana surau yang ada. Aku tengok ramai juga yang guna bedak wakaf kat surau.

5. Bakul/raga

Kalau masih lagi tak tahu nak sedekah apa, beli aje bakul/raga kecik. Lepastu pergi tempat wakaf, kita letak barang wakaf tadi dalam bakul tersebut. Dapat juga pahala kan?

6. Wet tissue/tisu basah

Ni sama la macam tisu tadi. Orang sekarang mesti pakai ‘mekap’ atau sekurang-kurangnya pakai bedak. So, kalau ada wet tissue ni boleh la dorang guna untuk lap mula sebelum berwuduk.

7. Barang dapur

Pisau dan papan alas ni penting untuk kegunaan dapur. So kita boleh bagi hadiah benda ni kat orang lain. Pisau Eco memang tajam. Aku sendiri pun pakai kat rumah. Memang puas hati. Selain tu banyak juga barang dapur yang yang korang boleh jadikan hadiah.

8. Tabung

Kalau korang ada anak kecil dan nak ajar menabung, boleh la hadiahkan tabung ni untuk mereka. Banyak sangat tabung comel yang ada kat situ.

9. Mainan

Ini memang majoriti aku tengok mak-mak beli untuk anak. Memang banyak mainan budak-budak kat situ. So korang pun boleh join sekali belikan untuk anak buah.

10. Bekas letak sabun

Yang ini pun kita boleh beli dan letak kat surau atau toilet. Sebenarnya banyak lagi barang lain yang boleh dibeli kat situ. So tak ada alasan lagi untuk tidak bersedekah.

Moralnya, jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sedekah dulu baru kaya.

 

Olahan daripada artikel: iium confession

 

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });