SAHABAT: PENAWAR @ PERACUN?



Sahabat sifatnya mengubat, bukan meracun. Bagaimanakah yang dikatakan sahabat yang mengubat itu?

Apabila ada sahabat yang ditimpa musibah, dia akan berkata: “Sabarlah, ini semua dugaan.”

Jika ada sahabat yang dikecewakan, dia akan menasihati: “Jangan sedih, ada yang lebih baik untuk awak.”

Kalau ada sahabat yang tidak dapat apa yang diingini, dia akan memujuk: “Tuhan dah tetapkan rezeki masing-masing. Jangan sangka buruk dengan Allah. Rezeki awak, insya-Allah akan tiba juga nanti.”

Sahabat yang mengubat itu adalah sahabat yang menenangkan, yang kata-katanya mengembalikan ingatan kita kepada Allah.

 

Bagaimana pula yang dikatakan sahabat yang meracun?

Apabila ada sahabat yang ditimpa musibah, dia akan marah: “Itulah aku dah cakap dah, kau tak nak dengar. Padan muka!”

Kalau ada sahabat yang dikecewakan, dia menghasut: “Hah memang dia tu tak guna. Kau pun sama je. Dah tau perangai dia macam tu, sibuk terhegeh-hegeh kejar dia kenapa? Memang sesuai la dengan kau.”

Jika ada sahabat yang tidak dapat apa yang diingini, dia memperlekeh: “Alah, sedarlah diri tu sikit. Dah la usaha tak banyak, nak dapat yang bagus-bagus je.”

Sahabat yang meracun itu adalah sahabat yang tidak memberi semangat atau dorongan ketika kita jatuh. Malah tambah menjatuhkan kita dengan kata-katanyaa dan menjadikan kita rasa tidak berguna di sisi orang lain juga di sisi Tuhan.

Jadi, sahabat yang bagaimanakah kita?


#sederhanaindah
#timeaftertime


ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA