BOLEHKAH MELAMBATKAN QADHA SOLAT YANG DITINGGALKAN?


Ustaz Mohd Zaki Bin Zulkifli | 18-11-2019

Solat yang ditinggalkan terbahagi kepada dua bahagian:

(1) Ditinggalkan secara tidak sengaja

(2) Ditinggalkan secara sengaja.
.
1) Ditinggalkan secara tidak sengaja
Solat yang ditinggalkan secara tidak sengaja seperti TERTIDUR atau TERLUPA. Solat yang macam ini sepakat ulama' mazhab Syafie bahawa wajib diqadha. Namun tidak wajib disegerakan qadha. Boleh ia qadhakan pada bila-bila masa. Oleh itu, boleh dia melakukan solat sunat sebelum ia selesai melakukan qadha solat tersebut.
.
2) Ditinggalkan secara sengaja.
Solat yang ditinggalkan secara sengaja seperti ditinggalkan dalam keadaan malas, jahil, kalah dengan hasutan syaitan, lalai dengan godaan dunia dan lain-lain. Solat kategori ini adakah wajib disegerakan qadha atau tidak? Ada dua pendapat dalam mazhab Syafie:
.
Pendapat pertama:

Solat yang ditinggalkan secara sengaja, wajib diqadha dengan segera. HARAM melambat-lambatkan qadha. Oleh itu haram baginya melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sampai terlewat qadha. Haram juga ia melakukan solat sunat kerana ia melewatkan qadha. Inilah pendapat mu'tamad dalam Mazhab Syafie.
.
Pendapat kedua:

Solat yang ditinggalkan secara sengaja tidak wajib disegerakan qadha. Selepas ia bertaubat, bolehlah diqadhakan secara perlahan-perlahan. Oleh itu, boleh la ia melakukan solat sunat seperti solat terawih dan lain-lain, walaupun ia belum tamat qadha semua solatnya. Pendapat ini lemah tetapi sebahagian ulama' semasa berfatwa mengikut pandangan ini.
.
Kata al Imam an Nawawi di dalam kitabnya Raudhatut Tholibin (juz 3, m/s 141):
قَالَ الْإِمَامُ: وَالْمُتَعَدِّي بِتَرْكِ الصَّلَاةِ لَزِمَهُ قَضَاؤُهَا عَلَى الْفَوْرِ بِلَا خِلَافٍ. وَذَكَرَ غَيْرُهُ وَجْهَيْنِ. أَصَحُّهُمَا: هَذَا. وَالثَّانِي: أَنَّهَا عَلَى التَّرَاخِي. وَرُبَّمَا رَجَّحَهُ الْعِرَاقِيُّونَ

Ertinya: Kata al Imam: Orang yang sengaja meninggalkan solat, wajiblah ia qadha dengan SEGERA dengan segera. Dan telah menyebut ulama' lain dua pendapat: Yang paling soheh pendapat seperti di atas. Pendapat kedua ia wajib qadha secara TANGGUH/LAMBAT. Boleh jadi pendapat kedua ini ditarjih oleh al Íraqiyyun.
.
Mungkin pendapat kedua ini memberi sedikit runag kepada orang yang ada hutang solat untuk melakukan aktiviti lain seperti beriadhah, berjalan, melancong, solat-solat sunat seperti sunat dhuha, terawih dan lain-lain.
.
Mudah-mudahan ada manfaat sedikit perkongsian ini.

Kredit: Ustaz Mohd Zaki Bin Zulkifli

BUKU BERKAITAN

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA