"JANGAN TAKUT... ALLAH KAN ADA."


Cuba kita bayangkan ada dua orang pilot menghadapi saat kecemasan (kerosakan teknikal yang sama tapi dalam penerbangan yang berbeza).

Pilot pertama:

Apabila kita menaiki kapal terbang, tiba-tiba berlaku kerosakan teknikal yang menyebabkan gegaran berlaku dan kita terdengar pilot berkata; “Assalamualaikum, diharapkan semua penumpang bertenang. Kita sedang menghadapi sedikit kesukaran dan saya akan cuba mendaratkan kapal terbang ini di lapangan terbang terdekat. Diharapkan semua bertenang, berdoa dan saya akan berusaha menanganinya. Insya-Allah kita akan selamat.”

 

Pilot kedua:

Keadaan cemas sama sepertimana yang dihadapi oleh pilot pertama, tetapi pilot kedua ini panik dan ketakutan sehingga menggeletar semasa membuat pengumuman; “Tuan-tuan dan puan-puan, habislah kita! Kapal terbang ini mengalami kerosakan teknikal. Saya tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat…”

 

Jika diberi pilihan, pilot yang mana pilihan kita untuk menghadapi saat kecemasan seperti itu?

Sudah pasti ramai yang memilih untuk menaiki kapal terbang yang dipandu oleh pilot pertama.

Begitu juga apabila kita menghadapi kesukaran atau dugaan dalam kehidupan kita, reaksi dan tindakan kita seolah-olah kita memilih untuk menjadi pilot yang kedua. Apabila ada rasa takut menyelubungi diri, kita takut dan gentar mahu menghadapinya. Terus kita panik, menggelabah tanpa dapat berfikir dengan rasional apa yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan kesukaran itu sehingga kadangkala menyebabkan keadaan bertambah kronik.

Jadi, hadapilah ketakutan yang sentiasa berlaku dalam ujian kehidupan kita dengan penuh KEBIJAKSANAAN dan KESABARAN.


Kredit buku: Bukan Senang Nak Tenang  

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });