#FriendshipTillJannah


Sahabat sifatnya mengubat, bukan meracun. Bagaimanakah yang dikatakan sahabat yang mengubat itu?

Apabila ada sahabat yang ditimpa musibah, dia akan berkata: “Sabarlah, ini semua dugaan.” Jika ada sahabat yang dikecewakan pula, dia menasihati kita: “Jangan sedih, ada yang lebih baik untuk awak.” Kalau ada sahabat yang tidak dapat apa yang diingini, dia akan berkata: “Tuhan dah tetapkan rezeki masing-masing. Jangan sangka buruk dengan Allah. Rezeki awak insya-Allah akan tiba juga nanti.”

Sahabat yang mengubat itu adalah sahabat yang menenangkan, yang kata-katanya mengembalikan ingatan kita kepada Allah.

Bagaimana pula yang dikatakan sahabat yang meracun?

Apabila ada sahabat yang ditimpa musibah, dia akan berkata: “Itulah aku dah cakap dah, kau tak nak dengar. Padan muka!” Kalau ada sahabat yang dikecewakan, dia akan berkata: “Hah memang dia tu tak guna! Kau pun sama je. Dah tau perangai dia macam tu, sibuk terhegeh-hegeh kejar dia kenapa? Memang sesuai la dengan kau.” Jika ada sahabat yang tidak dapat apa yang diingini, dia akan berkata: “Alaa, sedarlah diri tu sikit. Dah la usaha tak banyak, nak dapat yang bagus-bagus aje.”

Sahabat yang meracun itu merupakan sahabat yang tidak memberi semangat atau dorongan ketika kita jatuh. Malah tambah menjatuhkan kita dengan kata-kata mereka dan menjadikan kita rasa tidak berguna bukan sahaja di sisi orang lain, tetapi juga di sisi Tuhan.

Jadi, sahabat yang bagaimanakah kita?

#sederhanaituindah

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });