Kemaafan yang membawa syurga


Memberi maaf bukanlah perkara yang mudah. Ia perkara yang berat dan membeku di dalam jiwa. Menekan dada.

Pernah tular kisah seorang bapa yang memberi kemaafan kepada pembunuh anaknya, semasa di mahkamah.

Insan yang memberi maaf ini sangat berjiwa besar, dan sabar serta redha atas ujian kepadanya. Mengharap kepada keampunan dan rahmat Allah sedangkan dia mampu membalas.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran : 133-134)

Ingatkah pada kisah Sayidina Abu Bakar dan Mishtah?

Sungguh marah Sayidina Abu Bakar kerana Mishtah terlibat dalam hal memfitnah anaknya Sayidatina Aisyah, sehinggakan beliau bertekad untuk tidak lagi memberi bantuan kepada Mishtah.

“Demi Allah, aku tidak akan pernah memberi bantuan untuknya selamanya setelah dia menuduh Aisyah.” Kata Abu Bakar.

Lalu Allah menurunkan wahyu, yang ertinya: "Dan janganlah orang-orang yang mempunyai -sampai kepada firman-Nya- apakah kamu tidak mahu Allah mengampunimu." (An-Nur : 22)

Maka Abu Bakar berkata: “Demi Allah, aku lebih senang bila Allah mengampuniku.”

Kemudian beliau kembali memberi bantuan kepada Misthah seperti biasa. Abu Bakar berkata: “Sungguh, aku tidak akan menghentikan bantuan selama-lamanya.”

Sungguh, orang mukmin itu lebih mengharapkan keampunan daripada Tuhannya.

 

 

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });