Tips Istikharah


Tips istikharah.
_________________

Belajar benda "baru" mengenai istikharah drpd syeikh Yahya.

Berikut adalah cara² membuat istikharah.

1. Buat pilihan, buat keputusan terlebih dahulu. Kena lalui fasa analisa pros & cons etc.

2. Selepas dah buat keputusan, buat solat istikharah.

3. Doa ketika sujud atau selepas solat. Sebab dah decide kan. So, Minta kat Allah kalau keputusan itu baik, Minta dimudahkan. Kalau tak baik, minta dijauhkan.

4. Teruskan kehidupan dengan keputusan Yang dah dibuat tu. Kalau tindakan tersebut dimudahkan, maknanya itulah jawapan istikharah- untuk teruskan. Kalau banyak halangan, tak terlaksana tindakan, itulah juga jawapan istikharah. 😊

Apa impak dengan melaksanakan kaedah ini 👆?

Membuatkan diri REDHA dengan apa² outcome. Kalau jadi, alhamdulillah. Kalau tak jadi, ada kekangan, alhamdulillah juga.

Sebab dah serah kpd Allah.
Dah buat keputusan dan serah kepada Allah.

Best tak istikharah gaya gini? 🤭🤭

Dulu saya faham lain.

Dulu saya takut buat keputusan. So minta Allah buatkan keputusan haha, acaner tu??

Hari ni saya azam untuk buat je!
Istikharah hari².
Berani buat keputusan Amal Soleh hari². 
Tawakal hari².
Redha hari².

Thank you sheikh. 
Saya belajar erti tawakal dan redha perspektif baru

 

Kredit Artikel: Ayat Ibrahim

 

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });