Kelebihan Belajar dan Mengajarkan al-Quran


 

 

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." 

(Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)

 

Al- Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W menerusi perantara Jibril a.s sebagai perantara. Kitab suci al-Quran bukan hanya sebagai kitab dan sumber rujukan bahkan yang paling utama adalah sebagai mukjizat dan pembawa rahmat sekelian alam. Al-Quran juga dinukil secara metawatir dan dikira ibadah membacanya.

 

Sebagai umat islam kita sangat dituntut untuk mendalami ilmu al-Quran. Selain itu ilmu bacaan seperti cara lafaz dan hukum tajwid perlu di fahami dan didalami dengan betul agar bacaan bertambah baik. Seperti yang kita semua maklum adalah tidak bagus untuk kita membaca al-Quran dalam kedaan tidak baik sedangkan al-Quran merupakan qalam Allah S.W.T.

 

Setelah kita berjaya menguasai ilmu tajwid digalakkan kepada kita untuk berkongsi ilmu dengan insan yang masih belum mahir. Hal yang demikian Allah akan mengangkat darjat insan- insan yang belajar dan mengajari ilmu al-Quran seperti yang di jelaskan oleh hadis di atas.

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });