Hukum Berpuasa Pada hari Tasyrik


Hari tasyrik ialah hari 11, 12 dan 13 Zulhijah. Dinamakan demikian kerana umat Islam menyembelih binatang korban dan menjemurnya supaya tahan lama dengan sebab lebihan daging korban untuk disimpan. Dengan tanggungjawab keagamaan dan menguatkan jasmani dalam melaksanakannya, tambahan pula orang Islam baru menyelesaikan kegembiraan menyambut hari raya. Justeru, diharamkan puasa sama ada fardu, sunat mahupun nazar. 

Antara falsafah dan hikmah diharamkan puasa pada hari tasyrik khususnya bagi jemaah haji kerana dengan sebab kenyang dan bertenaga sudah pasti dapat melaksanakan segala perintah dan amalan yang sepatutnya dilakukan pada hari tersebut seperti melontar.

Rasulullah SAW menyebutkan hari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum sebagaimana sabda baginda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
“Hari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.” (HR. Muslim)

Dalam menjawab persoalan di atas, ulama telah khilaf berkenaan puasa pada hari tasyrik kepada tiga pendapat:

Tidak sah puasa pada hari tersebut kecuali puasa bagi pelaksana ibadat haji secara tamattu’ dan qiran kerana ketiadaan binatang hadyu (binatang sembelihan). Tidak sah puasanya secara mutlak sama ada tamattu’, qiran dan lain-lainnya. Harus puasa tamattu’ dan qiran dan semua puasa yang mempunyai sebab seperti nazar dan kifarah. Tetapi tidak sah puasa yang tidak mempunyai sebab.

Pengarang kitab Taudhih al-Ahkam Syarah Bulughul Maram, Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al Bassam berkata: Yang sahih daripada pendapat di atas bahawa puasa mereka diharamkan dan tidak sah kecuali kerana tamattu’ dan qiran. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha dan Ibn Umar R.Anhuma, berkata keduanya:

لَمْ يُرَخَّصْ فِيْ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ أَنْ يُصَمْنَ، إِلاَّ لِمَنْ لَمْ يَجِدِ الهَدْيَ
 “Tidak dirukhsahkan berpuasa pada hari Tasyrik kecuali bagi siapa yang tiada binatang hadyu.” (HR. al-Bukhari)

https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/posts/hukum-puasa-pada-hari-tasyrikhari-tasyrik-ialah-hari-11-12-dan-13-zulhijah-dinam/471828256290492/

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });