PERKARA-PERKARA SUNAT DAN MAKRUH KETIKA BERWUDUK


Sunat Wuduk

1. Menyebut nama Allah (bismillah).

2. Membasuh dua belah tapak tangan sebanyak tiga kali sebelum memasukkannya ke dalam bekas air.

3. Bersugi.

4. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan dan mengeluarkannya dengan tangan kiri.

5.Menyelati janggut yang tebal.

6. Menyapu seluruh kepala.

7. Menyelati celah-celah jari kedua-dua belah tangan dan kaki.

8. Menyapu dua telinga luar dan dalam dengan air yang lain selain daripada air buat menyapu kepala.

9. Melakukan semua perbuatan fardu dan sunat wuduk sebanyak tiga kali.

10. Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri ketika membasuh tangan dan kaki.

11. Menggosok-gosok tangan atas anggota ketika membasuhnya.

12. Berturut-turut.

13. Melebihkan basuhan muka ke bahagian kepala dan membasuh bahagian atas dua siku dan buku lali.

14. Bersederhana menggunakan air tanpa berlebih-lebihan.

15. Menghadap kiblat ketika berwuduk.

16. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk.

17. Tasyahhud dan berdoa setelah selesai berwuduk.

Bacaan tasyahhud ialah:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وأَشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusan-Nya.” (Riwayat Muslim)

Dan doanya:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Ya Allah, jadikanlah aku termasuk di antara orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Riwayat al-Tirmizi)

 

Perkara Makruh Ketika Berwuduk

1. Menggunakan air secara berlebihan.

2. Mendahulukan basuhan tangan dan kaki kiri daripada yang kanan.

3. Mengelap anggota wuduk dengan tuala kecuali keuzuran.

4. Menyimbah air ke muka.

5. Membasuh atau menyapu anggota wuduk lebih atau kurang daripada tiga kali dengan yakin.

6. Meminta bantuan orang lain membasuh anggota wuduknya tanpa keuzuran.

7. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan bagi orang yang berpuasa.

 

 

BUKU BERKAITAN
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });