Ini Rupanya Punca Anak Saya Tak Menjadi!


Saya selalu berbual dengan kawan tentang rezeki yang berkat. Berkongsi ilmu tentang penarik rezeki pun ada juga. Seronok sebenarnya sebab masing-masing boleh amalkan.

Cuma ada satu hari saya tu saya terbaca tentang anak yang ‘tidak menjadi’ disebabkan punca rezeki. Mula tu pelik juga tapi bila  habiskan point yang diberi baru saya tahu. Rupanya dalam 5 point itu memang kita pernah buat pun. Sengaja atau tak aja.

1) Guna masa pejabat

Kita keluar sekejap atas urusan peribadi. Sekejap atau lama bukan isu, tapi ada tak kita ganti semula waktu yang ‘dicuri’ tu? Itu belum lagi bab main Fb, IG, ‘membawang’ bos, tertidur dan lain-lain.

2) Harta anak, harta ofis

Pernah tak kita bawa balik pembaris, pemadam, pensil, kertas atau apa-apa barang pejabat sebagai kegunaan anak untuk belajar? Kalau ada, pulangkanlah semula.

3) Minta kawan punch card

Ini kerap juga jadi. Selalunya untuk elak daripada tindakan disiplin sebab lambat sampai ofis. Oh ada juga yang katanya bercuti tetapi kad tetap punch in. Eh? Macamana tu?

4) Kerja partime tapi buat waktu pejabat

Nak kejar deadline katanya. Buatlah sembunyi-sembunyi pun kan asal siap. Kalau kita sebagai majikan, agak-agak bagi ke staff kita buat macam kita buat tu?

5) Makan rasuah

Hanya yang betul-betul berani ‘mati’. Masa buat dia tak fikir dah apa kesannya. Yang penting duit masuk. Dosa pahala lain cerita.

Agak-agak kita pernah buat yang mana satu?

Rezeki ini bila tak berkat hidup kita akan ditimpa ujian yang bertimpa-timpa. Paling terkesan ialah apabila ia memberi kesan kepada anak

Kita akan marah kalau anak tak dengar cakap. Kita risau juga kalau anak kerap sakit, malah lebih bimbang bila anak mula berkawan dengan kawan-kawan yang tak ‘semenggah’. Tetapi ada tak kita fikir punca semua ini terjadi? Atau kita hanya anggap perkara biasa saja?

Sebenarnya ujian yang datang itu adalah cara Allah ‘memaksa’  wang yang ada di tangan mengalir keluar semata-mata untuk membersihkan semula ‘kekotoran’ yang kita dah buat. Kita sahaja yang tidak sedar. Berburuk sangka pula tu dengan Allah Swt. Pernahkan?

Mak-mak, ayah-ayah, mari kita semak semula punca rezeki kita. Kita betulkan mana yang salah. Pasti ada lompong yang perlu ditampung. Pasti ada perca yang harus dicantum.

Yang lepas tu biarlah lepas. Yang sekarang kita cubalah jadi ibu bapa yang terbaik. Belum terlambat untuk jadi ibu bapa contoh untuk anak-anak kita. Yang penting jalan terus!

 

 

 

 

 

 

 

 

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });