TIP MUDAH BAHAGIAKAN IBU BAPA


1. Memberi bantuan kewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau kediaman tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

3. Memberikan kasih sayang

Sayangilah mereka seikhlas hati dan hormatilah mereka seadanya bagi membalas semua kasih sayang yang dicurah oleh ibu bapa selama ini.

4. Memberikan perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih seperti tidak dipedulikan lagi. Ini boleh mengakibatkan tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

5. Memenuhi permintaan ibu bapa

Perkata ini perlu diutamakan berbanding melakukan tugasan lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan mereka lebih baik daripada melakukan ibadat solat sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

6. Mendoakan kebaikan ibu bapa

Setiap anak mestilah sentiasa mendoakan kebaikan ibu bapanya. Ia adalah amalan kebaikan yang wajar diteruskan walaupun kedua-duanya telah meninggal dunia.

7. Bercakap dengan lemah lembut

Salah satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah dengan menggunakan percakapan yang lemah lembut serta bersopan santun ketika berkomunikasi. Menggunakan perkataan-perkataan yang kasar hanya akan membuatkan ibu bapa berasa tidak dihormati dan mengguriskan hati.

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });