DO & DON'T KETIKA MEMBELI-BELAH


Untuk tatapan kita semua terutama ibu ayah…

Ada beberapa do & don’t yang perlu kita sentiasa ingat apabila berada di kedai, supermarket atau apa-apa jualan, ekspo dan pameran.

Lazimnya kita akan membelek-belek barang itu terlebih dahulu untuk melihat apa yang tertera di luarannya. Jika kita tidak berminat untuk membeli, tolong letak semula barang itu ke tempat asal. Jangan disepah-sepahkan sehingga bercampur aduk dengan barang lain. Kasihan jika barang tersebut memang betul-betul diperlukan oleh orang lain yang mencarinya tiada di tempat asal.

Selain itu, tolong awasi anak-anak kita jangan biarkan mereka merosakkan barang-barang yang dijual sama ada kita berhajat mahu membelinya ataupun tidak. Kalau kita pun tidak mahu membeli barang yang telah dirosakkan, begitu juga dengan orang lain.

Pesan juga kepada anak-anak jangan berlari-lari di kawasan jualan kerana ia boleh mengundang bahaya kepada mereka sendiri dan juga orang lain. Malah boleh mengganggu pengunjung serta keadaan di situ.

Bagi yang membawa makanan dan minuman pula, tolong jaga dengan rapi. Elakkan ia tertumpah ke atas barang yang dijual terutama pakaian dan buku atau boleh terkena kepada pengunjung lain.

Setiap kerosakan yang dibuat sama ada sengaja ataupun tidak, kita perlulah bertanggungjawab sepenuhnya. Jangan lepas tangan, ya.

Jika hendak membuka bungkusan barang untuk melihatnya terlebih dahulu, mintalah kepada jurujual atau promoter. Jangan pandai-pandai sendiri ok! Takut sudah ada yang dibuka untuk display atau tester.

Sama-samalah kita saling ingat-mengingati demi kebaikan kita semua. Bukankah kita dapat pahala kalau kita memudahkan atau membuat baik terhadap orang lain?

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });