"AKU SOLAT. TAPI KHUSYUKKAH SOLATKU ITU?"


Ada 2 kisah sahabat Rasulullah SAW yang ingin dikongsi...

Ibnu az-Zubair r.a ketika mendirikan solat, tubuhnya tidak bergerak-gerak dek khusyuknya seakan batang kayu yang tegak. Semasa sujud, burung-burung akan hinggap di belakangnya kerana disangkakan tembok.

Pada suatu hari, beliau sedang bersolat di Hijir Ismail. Tiba-tiba terjatuh sebiji batu daripada lontaran manjaniq (lastik besar yang digunakan untuk menyerang musuh yang berkubu dan memecahkan benteng yang berlaku apabila tentera Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqafi menyerang Ibnu Zubair di Mekah). Akibat terkena lontaran batu itu, sebahagian pakaian Ibnu az-Zubair r.a terkoyak. Namun beliau tidak berganjak sedikit pun dan masih meneruskan solatnya.

Manakala Ali bin al-Hussain r.a sewaktu berwuduk, wajahnya menjadi pucat. Lalu disoal, “Apakah yang membuatkan wajahmu pucat ketika berwuduk?”

Ali menjawab, “Tidakkah kamu mengetahui bahawa siapakah yang aku sedang berdepan ini? Dia adalah Allahu akbar!”

 

Persoalannya...

Bagaimananakah tahap fokus atau khusyuk kita pula dalam menunaikan solat seharian? Bolehkah kita bayangkan betapa khusyuknya mereka dalam beribadat?

Hati mereka begitu suci dan tenang dengan keimanan. Bukan palsu, bukan rekaan dan bukan juga taqlid (ikutan) semata-mata. Hendak berwuduk sahaja, Ali bin al-Hussain r.a ketakutan sebegitu rupa. Belaiu berada dalam martabat khusyuk sejak di luar solat lagi.

Bukan seperti kita, semasa berwuduk pun masih boleh bergelak ketawa, berbual dan bergurau senda!

Apabila sedang bersolat pula, tiba-tiba boleh teringat di mana letaknya barang kita yang hilang atau boleh pula terdetik di hati 'cantiknya kerawang telekung orang di depan aku ini."

Ya Allah.. jauh sungguh keperibadian kita dengan para sahabat. Semoga selepas ini kita boleh meningkatkan lagi tahap kekhusyukan kita dalam bersolat. Insya-Allah...

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });