Adab- Adab Berdoa


Daripada Fadhalah bin ‘Ubaid RA berkata; Nabi SAW mendengar seseorang berdoa dalam solatnya dan tidak mengucapkan selawat kepada Nabi SAW, kemudian Nabi SAW bersabda: "Orang ini telah tergesa-gesa." Kemudian Baginda SAW memanggilnya dan berkata kepadanya atau kepada orang lain: "Apabila salah seorang di antara kamu bersolat, maka hendaklah dia memulai (doanya) dengan memuji Allah SWT, kemudian berselawat kepada Nabi SAW, kemudian berdoa setelah itu dengan doa yang dia kehendaki."

Abu ‘Isa berkata; hadith ini adalah hasan sahih. (Hadith riwayat At-Tirmizi, No: 3477, Abu Dawud, No: 1481, an-Nasaie, No: 1284, Ahmad, No: 22811).

 

 

Berdoa dari segi bahasa bererti memanggil, memohon atau meminta. Oleh itu doa merupakan wadah untuk kita rapatkan diri kita dengan Allah S.W.T. Maka berdoalah dan memintalah kepada Allah supaya kita rasa kebergantungan kita dengan Allah.

 

 Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW  adalah dengan memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Selain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut. Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam

 

Berdoa adalah ibadah. Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

credit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });