TIP INI MEMBANTU SAYA DAN ANDA KEKAL POSITIF!


1. Tahu bahawa takdir Allah itu terbaik buat kita

“Usah putus asa dengan rahmat Allah. Teruslah meminta agar kita terus diberi kekuatan untuk berdamai dengan takdir yang Dia tetapkan. Ketahuilah, kita merancang dengan cita-cita tetapi Dia merancang dengan cinta!”

2. Hadapi kesedihan itu dengan tenang

“Ketika engkau tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri. Kemampuanmu untuk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu.” -Ibn al-Qayyim-

3. Hanya kita yang mampu bahagiakan diri sendiri

"Seseorang saudara tidak berkongsi kesakitan denganmu, seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu dan seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam. Ambil beratlah tentang dirimu sendiri.” -Ibn al-Qayyim-

4. Hanya mengharap redha Allah

“Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah daripada Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di tangan Allah. Yang perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah.” -Ibn al-Qayyim-

5. Allah menguji kerana kita hamba yang hebat!

“Ada ahli bijaksana sering berkata, “Pemimpin yang besar itu dikenali melalui uijian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.” Jadi, apabila diuji kitalah yang terpilih, bukan tersisih!

6. Jangan harapkan pujian

“Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia. Carilah ia dalam jiwa kamu sendiri. Apabila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan. Apabila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yang dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi. Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah.” -Ibn al-Qayyim-

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });