Rahmat Sekelian Alam


Khairul | 03-07-2019

Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)." (Hadith riwayat Ad-Darimi, No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, No: 98, beliau berkata: " Hadith ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim.)

 

Beruntungnya kita. Kita dilahirkan pada zaman yang penuh dengan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Rasul junjungan besar kita merupakan 1 hadiah yang amat istimewa kepada ummat akhir zaman. Sedang kita yang tidak sempat bersua dengan Rasulullah S.A.W pon dapat merasa nikmat rahmat adanya Rasulullah bersama kita. Inikan pula sahabat Raulullah yang ama hampir dengan baginda.

Keberadaan Rasulullah juga membawa manusia mentauhidkan Allah. Hanya Allah yang layak kita tunduk dan sembah. Selain dari itu kita diajar untuk menghambakan diri  kepada Allah. Rasulullah juga mengajar kita untuk kelaur dari penghambaan sesama manusia sehingga kita boleh menzalimi insan yang lain. Jadi dengan kehadiran dan adanya junjungan besar kita Rasulullah S.A.W banyak masalah kehambaan dan permasalahan ummah dapat diselesaikan.

Rahmat yang dibawa oleh Nabi SAW mengatasi segala pemikiran dan sempadan berpandukan wahyu dan hidayah Allah SWT, bukan mengikut hawa nafsu dan logik akal. Hanya dengan wahyu dan petunjuk Allah SWT sahajalah yang akan membawa manusia kepada jalan kebenaran dan kejayaan. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah beramal dengan sunnah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, para sahabat baginda dan para salafusoleh yang telah mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

 

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });