Hidup Lebih ‘Amazing’ dengan Memahami Al-Quran


Abu Naurah | 01-07-2019

Mungkin sebahagian kita berasa sukar untuk memahami ayat al-quran kerana tidak mempunyai asas di dalam bahasa arab. Namun sejauh mana kita berusaha untuk memahaminya dengan kemampuan yang kita miliki?

Pentingnya memahami ayat al-quran ini adalah kerana ia merupakan sumber rujukan utama dalam kehidupan seorang muslim. Tanpa memahaminya, kita akan tersasar jauh dari landasan Islam sepertimana yang berlaku pada hari ini. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud  “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang teguh padanya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya; iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Imam Malik)   

Melihat pada kepentingan memahami ayat al-quran ini pihak Karya Bestari telah berusaha untuk memudahkan masyarakat memahami dan mentadaburinya dengan menerbitkan mushaf al-Quran Amazing.

Menariknya mushaf  ini kita dapat mempelajari asas kefahaman bahasa al-Quran perkataan demi perkataan. Di mana terjemahan ini diletakkan tepat di bawah ayat mengikut aturan per kata. Ia lengkap bersama ‘nota kaki’ bagi menerangkan makna ‘mendalam’ perkataan-perkataan tertentu.

Turut didatangkan Mu’jam (kamus) bagi menerangkan definisi perkataan  dari sudut bahasa bagi membantu meningkatkan kefahaman pembaca pada ayat yang diterjemahkan.

Ditambah lagi penerangan daripada tiga tafsir terkenal seperti Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Al-Tabari di mana ia menajamkan lagi kefahaman pembaca. Di mana ayat terpilih akan dijelaskan melalui tafsir Jalalain kemudian diperdalami huraiannya oleh Tafsir Ibnu Katsir  dan Tafsir al-Tabari.

Penjelasan ayat adalah berdasarkan tema seperti Ibadah, Mu’amalah dan Akidah. Ia turut dihuraikan secara sederhana, komprehensif dan aplikatif bagi kefahaman pembaca pada maksud ayat. Di samping itu, ia turut disokong oleh Asbabun Nuzul (sebab turun ayat), Sirah Nabawi,  Hadis Nabawi dan lain-lain.

Semoga al-Quran yang dibaca dapat difahami dan dihayati dalam kehidupan seharian serta dapat menghidupkan kembali hati-hati manusia menuju keredhaanNya.

#alqurankaryabestari #karyabestari #alquranamazing
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });