AMALKAN 3 DOA INI UNTUK CEPATKAN JODOH


Jodoh belum tiba?

Jangan risau. Mari kita amalkan doa ini dengan harapan kita mendapat jodoh yang baik dunia dan akhirat.

1) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” (Surah al-Anbiya’: 89)

Kisah ini bermula daripada cerita Nabi Zakaria yang tidak kunjung diberikan keturunan setelah hidup puluhan tahun lamanya. Kemudian, doa ini sering digunakan untuk memohon agar diekatkan jodoh.

2) Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.” - (Surah Al-Furqan: 74)

Jadikan bacaan ini sebagai wirid harian ketika menunaikan solat fardu dan sunat.

3) Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan." (Surah al-Qasas: 24)

Mudah-mudahan dengan berkat doa ini impian untuk mendapat jodoh yang terbaik akan dipermudahkan. Insya Allah.

 

Olahan daripada artikel asal: Kashoorga

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });