"JANGAN EGO, BANG!"


Seorang suami meminta nasihat daripada seorang rakan mengenai isterinya. Tetapi setelah diberi pandangan, semuanya ditolak! Sebab apa? Sebab dia rasakan nasihat yang diberikan itu seolah-olah menunjukkan dialah yang bersalah.

“Aku tak setuju cara kau tu. Aku suami, mana boleh aku yang perlu bertolak ansur! Isterilah yang mesti taat kepada suami,” bantahnya penuh emosi.

“Kau minta nasihat tetapi bila diberi, kau tolak mentah-mentah. Sebenarnya kau yang ego dengan pendapat sendiri! Kalau macam inilah sikap kau, memang patut pun isteri kau bertindak macam tu. Apa yang salahnya kalau suami yang perlu bertolak ansur?!” bidas rakannya.

“Tapi nasihat kau itu seolah-olah aku punca masalah yang terjadi,” bangkangnya masih tidak puas hati.

“Macam nilah… baik kau pergi pejabat agama saja. Mereka lebih arif. Daripada kau minta nasihat aku atau orang lain tapi kau tak mahu dengar, no point juga, kan? Pejabat agama adalah tempat terbaik untuk kau rujuk masalah rumah tangga kau ini,” jawab rakannya yang mungkin sudah mula bosan dengan ego si suami itu.

Aduh...

Kawan-kawan sekalian, janganlah ego sangat ya. Apabila kita minta nasihat atau pandangan orang, tolonglah jangan tolak mentah-mentah kalau kita kurang bersetuju dengan apa yang mereka katakan. Itu menampakkan kita ini seorang yang mementingkan diri sendiri.

Begitu juga dalam perkahwinan. Suami tidak boleh terlalu ego terhadap isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Kedudukan sebagai ketua keluarga bukanlah 'tiket' bagi suami untuk merasakan dirinya sentiasa betul, tidak boleh bertolak ansur atau hanya menyalahkan orang lain sahaja. Sikap negatif ini boleh memusnahkan hubungan suami isteri dan memporak-perandakan rumah tangga. 

Ingat... Rasulullah SAW seorang yang sangat humble dan tidak pernah sesekali berbangga dengan dirinya walaupun baginda seorang yang maksum serta dijanjikan syurga oleh ALLAH. Bagindalah teladan terbaik yang perlu kita contohi.

Jadi, masih belum terlambat untuk kita merendahkan atau mengikis sikap ego yang mungkin ada dalam diri kita. Syukurilah nikmat-nikmat yang kita perolehi ini kerana semuanya milik ILAHI.

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });