Ragam Apabila Anak Dalam Peperiksaan


Dalam setiap tahun, pasti ada di antara anak-anak kita yang mahu mengambil peperiksaan.

Dan kita sebagai ibu ayah, perlu sentiasa berdoa akan kejayaan anak-anak kita. Berdoalah setiap selesai sahaja mengerjakan solat fardhu;

“Ya Allah berikan anak aku ini keputusan yang terbaik”

Itu doa yang paling mudah untuk praktikkan selalu. Dan selepas berdoa, yakinlah bahawa ALLAH akan berikan keputusan yang terbaik untuk anak kita. Percayalah apa yang telah ALLAH telah berikan, pasti ada hikmah disebaliknya.

Janganlah pernah sama sekali kita pandang keputusan anak itu sebagai satu musibah.

Jangan!

Jangan kita berdoa;

“Ya ALLAH, berilah anak aku 10A ya ALLAH. Dialah satu-satunya anakku…

Bila ayahnya berdoa sebegitu, jadi pening anaknya;

“Macam mana den nak dapatkan 10A, den pun ambil subjek sembilan ajo”

Yang si ayah pun pandai, tak tanya dahulu kat anaknya berapa subjek yang dia ambil. Yang tahu cuma berdoa mintak 10A sahaja.

Walau apapun, berdoalah supaya ALLAH berikan keputusan yang terbaik untuk anak kita. Doalah yang terbaik.

Sampai hari anak mengambil keputusan, tiba-tiba dia dapat 10E, janganlah ibu bapa mengeluh dan kata-kata yang buruk;

“Ya ALLAH, menyesal den lahirkan ko! Apalah nasib den…”

JANGAN!

Di dalam kegembiraan dan kesedihan menerima keputusan anak-anak, ingatlah suatu perkara. Mereka bukannya trophy kita. Jangan jadikan anak-anak trophy untuk dibangga-banggakan.

Jika dia berjaya meraih keputusan cemerlang, nyatakan kegembiraan dan penghargaan kita kepadanya. Railah kejayaannya dengan sederhana. Ucaplah terima kasih kepadanya kerana dia berusaha menjadi contoh yang baik untuk dunia. Jangan kita menjaja dan mencanang keputusan kejayaan anak kita ke seluruh tempat. Takut ia memberi kesan tekanan kepada anak itu juga. Sehingga menimbulkan tanda tanya di hati mereka: 

"Bagaimana jika aku tidak berjaya, adakah aku cukup untuk ibu bapaku?"

Jika anak kita TIDAK BERJAYA memperoleh keputusan yang diidamkan, jangan terus melenting dan marah. Duduk dengan dia sebentar. Ambil masa untuk bersamanya. Biar dia yakin akan kasih-sayang kita.

Apa yang penting bangunkan semula semangatnya agar dia bersemangat untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang nanti. Ajak dia melihat apa yang boleh dipelajari daripada 'kegagalan' itu.

Jangan mengutuk atau menunjukkan kepada dia bahawa kita amat kecewa dengannya sehinggakan mematikan semangatnya. Bijaklah dalam membetulkan sikapnya.

Dan yang penting kita sebagai ibu dan ayah kena yakin dengan apa yang ALLAH berikan.

Kalau anak dapat 10E sekalipun, ucaplah;

“Alhamdulillah, itu yang terbaik buat along. Sudah takat itu sahaja IQ along. Mak dan ayah dah berdoa pada ALLAH, dan ALLAH telah memberikan yang terbaik buat along”

Terkejut si along sebab maknya cakap macam tu.

Saya nak tanya, kalau kita boleh cakap sebegitu pada anak kita, apa perasaannya? Apa kesannya bila kita menerima keputusan anak kita dengan redha pada ALLAH?  

Comfirm anaknya itu terkejut.

“Tadi kat sekolah, eden dah malu kat kawan den. Kawan-kawan den dapat keputusan terbaik. Ramai yang dapat 10A, tapi den dapat  10E sahaja.

“Den ingat balik rumah jer, comfirm mak den mengamuk, tapi mak den pula tak marah kat den… siap boleh cakap Alhamdulillah lagi.  Ya ALLAH malunya den kat mak den,”

“Mak, eden akan balas balik jasa mak, eden akan buktikan pada mak yang den juga boleh berjayo.”

Kemudian janjinya itu dia tepati. Dia belajar balik semula sebab malu pada maknya. Dan akhirnya dia dapat belajar semula, dapat keputusan yang terbaik, dapat masuk universiti, balik dengan ijazah dan dapat kerja yang besar.

Kejayaan anaknya itu adalah bermula dari redhanya dia pada apa yang ALLAH tetapkan. Akhirnya ALLAH makbulkan doa maknya sebelum itu yang mahukan kejayaan anaknya.

Kalaulah ALLAH makbulkan doa ibunya dengan cepat,

“Ya Allah, bagilah keputusan anak aku yang terbaik. Biarlah dia dapat 10A”

Balik sahaja anaknya, anaknya bagitahu bahawa dia dapat 10A. Gembira maknya kerana doanya cepat dimakbulkan. Selepas tu maknya buat Permohonan kemasukan university. Alhamdulillah anaknya ditawarkan di unviversiti di luar negara. Balik dari belajar, terus dia dapat kerja, dapat kerja pangkat besar dan gaji yang mahal

Bila dia dapat semua kejayaannya itu, mulalah dia berlagak dengan maknya.

“ Mak, saya ni dapat gaji besar, sebab dapat kerja yang bagus, dapat kerja begus sebab saya dapat keputusan peperiksaan elok… dapat keputusan yang terbaik sebab apa? Sebab saya pandai…”

Kalau harapkan mak dan ayah, takdola nampak gayanya. Mak dan ayah bukan pandaipun…”

Macam mana? Tak ker 10A keputusan anaknya dahulu itu tidak jadi yang terbaik buat kita.

Kejayaan anaknya pada awal lagi membuatkan anaknya itu jadi tidak bersyukur pada ibu dan ayah. Lagi-lagi kejayaannya dahulu dicanang-canang oleh ibu dan ayahnya ke seluruh kampung. Dari situ akan bermulanya sikap angkuh anak kita. Sebab itu kalau dia berjaya sekalipun, railah dengan sederhana.

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });