BILA AYAH SUDAH TIADA ESOK

Betullah kasih ibu bawa ke syurga tetapi kasih ayah membawa ke syurga.

Ayah, seorang insan yang jarang mempamerkan kasih sayang apalagi untuk menujukkan rasa rindu secara terang-terangan. Ayahlah sebenarnya unsung hero yang jarang disebut tentang pengorbanan berbanding ibu yang sentiasa menjadi ‘pujaan’ hati sang anak.

Pernah tidak sesekali kita merenung kembali betapa pengorbanan ayah yang jarang kita bilang kecuali pengorbanan ibu yang sering dijulang tinnggi. Tetapi ayah tidak pernah kisah semua itu. Padanya cukuplah tanggungjawabnya kepada keluarga dapat dibuat sebaik mungkin dan sesempurna yang diimpi.

Sejujurnya, pernahkah kita terfikir apakah perkara seorang ayah rahsiakan daripada kita sejak dahulu hingga kini?

“Ayah tak cukup duit”

Kita tidak pernah tahu yang tinggal di dalam koceknya hanyalah RM 10 sahaja semasa kita meminta wang belanja ketika berada di universiti. Tetapi adakah dia merungut dan menolak? Tidak. Kecuali dia menyuruh menunggu duit itu akan diberikan dengan jumlah yang berlebihan berbanding dengan yang diminta.

Itu belum lagi dia OT siang dan malam mencari duit lebih untuk diberikan kepada kita. Kita pula? merungut dan terus merungut kerana tidak dapat apa yang ingikan.

Ayah mahu dekat dengan kita

Ramai yang leka tentang yang ini. Apalah salahnya meluangkan masa untuk ayah berkongsi rasa terhadap apa yang telah dia lalui. Mereka sebenarnya langsung tidak inginkan duit tetapi cukuplah sekelumit perhatian agar mereka berasa dihargai. Tetapi hari ini kita lebih penting ‘telefon’ berbanding ayah yang sentiasa mahu bertentang mata untuk mencurah rasa di hati.

Bila esok ayah tiada

Inilah saat paling sukar dalam hidupnya. Ayah hanya mahu meninggalkan sesuatu yang bernilai buat anak. Bukan harta benda atau kekayaan tetapi sebuah ilmu dan peringatan agar ia berkekalan sehingga hayat datang menjemput. Semoga dengannya akan ada doa yang dikirim saat dia berada di alam barzakh.

Tidak terkira pengorbanannya jika mahu dibilang tetapi cukuplah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah yang sekian lama ‘menggalas’ tanggungjawab menjaga ibu yang sepatutnya kitalah yang berada di tempatnya ketika ini.

Hargailah ayah walau sepahit mana sejarah kita dengannya. Tanpa dia, tidak akan adanya kita, dan tanpa doanya kelamlah jalan kembara kita di dunia yang fana ini.


ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA