Ketahui 14 Jenis Bahasa Lidah Yang Perlu Dielakkan. Point ke 7 Banyak Terjadi Hari ini!


''Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang benar atau (lebih baik) diam.'' (HR Bukhari dan Muslim)

 

Dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, Imam Al-Ghazali, menyatakan terdapat  14 jenis bahasa lidah yang perlu diberi perhatian dan dielakkan.

 

Pertama: Yang berbicara perkataan yang tidak bermanfaat yang membuatkan hati menjadi kasar. 

 

Kedua: Mereka yang banyak omong, maka ia banyak bohong.

 

Ketiga:Omong kosong. Padahal ciri-ciri orang beriman (QS 23:3) adalah yang sentiasa menghindarkan diri daripada perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

 

Keempat: Menyebabkan pertengkaran dan dendam kesumat.

 

Kelima: Banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

 

Keenam: Mereka yang berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

 

Ketujuh: Ucapan yang mengandungi cacian. 

 

Kelapan: Ucapan yang mengutuk seseorang atau satu golongan.

 

Kesembilan: Ungkapan syair atau nyanyian porno yang membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang. 

 

Kesepuluh: Senda gurau dengan memperolok-olok orang lain.

 

Kesebelas: Mengejek orang lain. Allah berfirman: ''Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (menertawakan) kaum yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang menertawakan). Jangan pula sekelompok wanita menertawakan kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik daripada mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelar-gelar yang buruk,'' (QS 49: 11).

 

Kedua belas: Membuka rahsia orang lain.

 

Ketiga belas: Berjanji palsu.

 

Keempat belas: Bersumpah palsu.

 

Semua ini akan merosakkan nilai-nilai amanah. Rasulullah SAW bersabda: ''Waspadalah terhadap pembohong! Sebab pembohong dan orang-orang yang zalim sama-sama dalam neraka.'' (HR Ibnu Majah)

 

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ''Apa penyebab terbesar orang masuk neraka?'' Nabi menjawab: ''Kerana lidah dan kemaluannya.'' (HR Tirmidzi).

 

Mudah-mudahan kita semua dapat menjaga diri daripada perkara keburukan.

 

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });