Siapa Makhluk Yang Terakhir Akan Dicabut Nyawa?


Gambar Hiasan

Setiap kehidupan di dunia ini pasti mempunyai tarikh luput. Apabila sampai masanya, pasti tarikh itu akan datang dan menamatkan kehidupan tersebut. Begitu juga dengan manusia yang akan mati.

Bukan sahaja manusia yang akan tamat kehidupannya di muka bumi ini, bahkan makhluk ghaib seperti malaikat juga akan dicabut nyawanya.

Tahukah anda siapa makhluk terakhir yang akan dicabut nyawanya? Jawapannya adalah malaikat pencabut nyawa.

 

Peristiwa Sebelum Kiamat

Sebelum dunia ini hancur, Malaikat Israfil akan melakukan tiupan sangkakala sebanyak dua kali.

Tiupan yang pertama akan mengejutkan seluruh makhluk sehingga menyebabkan kematian mereka, manakala untuk tiupan yang kedua akan menghidupkan kembali manusia untuk dihisab amalan-amalan mereka.

Mafhum: “Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya), kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-maisng).” (Surah Az-Zumar, 39:68)

Imam Ibnu Katsir menyebut – “Tiupan ini adalah tiupan kematian di mana penghuni langit dan bumi yang hidup akan mati kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Ini sebagaimana yang telah disebut penegasan hadis yang mahsyur. Kemudian, baki ruh makhluk digenggam sehingga makhluk yang mati paling akhir adalah Malaikat Maut. Dan tinggallah Rabb yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri.”

Pandangan ulama lagi menyebut kematian penduduk langit diikuti dengan Malaikat Jibril, Israfil, pembawa Arasy dan yang terakhir adalah yang malaikat pencabut nyawa.

Kesimpulannya di sini ialah, Malaikat Maut ialah yang terakhir akan mencabut nyawanya sendiri sebelum semua makhluk dibangkitkan semula untuk dihisab.

Wallahu a’alam

 

 

 

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });