Takut ke Syurga? Pelik!


TAKUT MERUPAKAN JALAN KE SYURGA.

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ (46)  
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. [Ar-Rahman: 46]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لاَ يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ وَلاَ يَجْتَمِعُ غُبَارٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ ‏"‏ ‏.‏ 
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu masuk semula ke dalam kantungnya. Tidaklah akan berkumpul debu di jalan Allah dengan asap api neraka. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab Fadhail al-Jihad, no: 1633, hasan sahih]

🔖MENANGIS KERANA TERTINGGAL SOLAT JEMAAH
ثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُبَارَكِ الصُّورِيُّ ، قَالَ : " رَأَيْتُ سَعِيدَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِذَا فَاتَتْهُ الصَّلاةُ يَعْنِي فِي الْجَمَاعَةِ أَخَذَ بِلِحْيَتِهِ وَبَكَى " .
Muhammad bin Al-Mubarak Al-Souri berkata: Aku pernah melihat Sa’id bin ‘Abdul ‘Aziz terlepas solat berjemaah, lalu beliau memegang janggutnya sambil menangis.
[Hilyatul Awliya’, Sa’id bin ‘Abdul Aziz, no: 8194]

🔖Sesungguhnya alam kubur merupakan tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat. Akan tetapi di tempat transit inilah kita sudah mengetahui sebenarnya, kedudukan kita di syurga atau di neraka. Isyarat itu sudah didapati di alam kubur lagi.

كَانَ عُثْمَانُ إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ بَكَى حَتَّى يَبُلَّ لِحْيَتَهُ ، فَقِيلَ لَهُ : تُذْكَرُ الْجَنَّةُ وَالنَّارُ فَلَا تَبْكِي وَتَبْكِي مِنْ هَذَا ، فَقَالَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الْآخِرَةِ ، فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ ، وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ
Apabila Uthman radiallahu ‘anhu berhenti di kubur, dia akan MENANGIS hingga basah janggutnya. Dia disoal: Disebutkan tentang syurga dan neraka kepada engkau, tetapi engkau tidak MENANGIS. Lalu engkau MENANGIS untuk hal ini pula? Uthman menjawab: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Sesungguhnya kubur merupakan tempat persinggahan yang pertama daripada tempat-tempat di akhirat. Seandainya seseorang selamat daripadanya, maka apa yang berlaku selepas itu adalah lebih mudah untuknya. Sesiapa yang tidak terselamat daripadanya, maka apa yang akan berlaku selepas itu lebih teruk daripadanya.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab az-Zuhd, hadis no: 2240, At-Tirmizi berkata: hasan gharib]

#MMMR

https://www.facebook.com/391775204246429/posts/3986933684730545/

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });