Wanita Terbaik Seluruh Alam


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA (wafat 93 H) bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;

حسبُك مِن نساء العالَمين أربعٌ: مريم بنت عمران، وآسية امرأة فرعون، وخديجة بنت خويلد، وفاطمة بنت محمد

"Cukuplah bagi engkau empat orang wanita yang terbaik di seluruh alam ini iaitu Maryam binti Imran, Asiyah isteri kepada Firaun, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad." [HR Ahmad, al-Tirmidzi dan Ibn Hibban]

 

Seorang muslimah dan orang yang beriman tidak akan sekali-kali melebihkan wanita-wanita yang tidak beriman dan orang yang tidak mentaati perintah Allah, berbanding wanita mukminah yang dipuji oleh Allah dan rasul-Nya. 

 

Keutamaan mereka adalah pada ketaqwaan mereka seperti;

1. Menjaga kehormatan

وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا 

“Dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya.." (At-Tahrim: 12)

 

2. Beriman dan menjauhi kesesatan

وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ 

"...dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku daripada orang yang zalim.'' (At-Tahrim: 11)

 

3. Setia dan berkorban 

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;

آمنت بي إذ كفر الناس ، صدقتني إذا كذبني الناس و واستني بمالها إذ حرمنى الناس ، ورزقني الله منها الولد دون غيرها من النساء

"Dia beriman kepadaku takala orang lain kufur, dia membenarkan aku takala manusia lain mendustakan aku. Dia membantuku dengan hartanya ketika org lain menahannya. Dan Allah memberikan aku rezeki anak melaluinya dan tidak pada wanita-wanita selainnya. [HR. Ahmad no. 24908] 

 

4. Membesar dalam ketaatan dan kesucian 

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;

إنَّما فَاطِمةُ بَضعَةٌ منِّي

"Sesungguhnya Fatimah itu adalah sebahagian daripada diriku.." [HR Al-Bukhari dan Al-Tirmidzi]

Sayyidah Fatimah RA adalah tiruan bapanya Sayyidil Mursalin, Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam daripada sudut akhlak, perangai dan tingkah laku. 

Ketika masih anak dara, beliau berbakti kepada bapanya di dalam dakwah dengan merawat dan menjaga kebajikan sang ayah.

Manakala apabila telah bernikah maka beliau mengisar gandum dan mengadun tepung untuk membuat roti dengan tangannya sehingga melecet dan bekerja keras demi berkhidmat kepada suaminya. 

Mereka berada di suatu jalan menuju Allah sedangkan kita pula berada di jalan yang lain, entah akan bertemu atau tidak!

 

Kredit : https://www.facebook.com/100002857926668/posts/3386624534776111/

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });