Sedekah Saja Pada Si Burung!


Sedekah Saja Pada Si Burung!

Tinggal di kampung memang seronok. Selain agak sunyi, hidup pun tenang-tenang saja.

Rumah kampung ini biasanya kelilingnya penuh dengan pokok-pokok, sama ada pokok buah-buahan atau pokok hiasan yang bermacam-macam warna. Cantik!

Berhampiran dengan dapur rumah saya, ada sepohon pokok buah belimbing wuluh yang tinggi, dan biasanya berbuah lebat tanpa musim. 

Pokok ini memang menjadi persinggahan sekawan burung serindit untuk menjamu selera. 

Burung ini memang suka makan biji buah belimbing wuluh. Mana tahu? Boleh dengar bunyi buah-buah yang jatuh, lagi-lagi kalau sedang memasak. Atau bila mahu membersihkan daun-daun kering, nampak sisa-sisa buah bertaburan atas tanah. 

Atau kadang-kadang masa mahu menyapu, baru perasan. Dongak, sah nampak sekumpulan burung serindit sedang enak menikmati 'makan petang'. Tunggulah sampai 'mereka' terbang, barulah sambung menyapu. 

Pokoknya tinggi. Mahu dikait buahnya guna galah pun, tak sampai. Mahu tebang pun tak tertebang-tebang. 

Jadi, macam mana? 

Mudahkan urusan. Niatkan untuk bersedekah. Niatkan bersedekah kepada mana-mana yang memakan hasil tanaman kita, macam burung serindit tadi. 

Rasulullah SAW ada bersabda, 
"Pada setiap sedekah terhadap makhluk yang memiliki hati (jantung) yang basah (hidup) akan dapatkan pahala kebaikan. Seorang Muslim yang menanam tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia, atau binatang, maka baginya sebagai sedekah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Mudah sungguh nak dapat pahala kan?

Jangan marah kalau nampak beluncas memakan daun pokok hiasan atau pokok daun limau purut kita. Sebab nanti, inshaAllah, pokok akan lebih lebat daunnya dan kita pun akan dapat pahala sedekah. 

Jadi, tak sia-sia kita tanam pokok yang buahnya tak dapat dikait sebab pokoknya tinggi. Pahala sedekah dapat, pahala jaga kebersihan pun dapat.

Alhamdulillah...

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });