Dosa Pun Boleh diBasuh


Air mengalir

Dosa Pun Boleh Dibasuh.

Dalam banyak-banyak doa istiftah yang dibacakan oleh Nabi Muhanmad salla Allah ‘alaih wa sallam, ada satu keratan doa yang berbunyi,

اللَّهمَّ اغسِلْني مِن خَطايايَ بالماءِ والثَّلجِ والبَرَدِ
“Ya Allah, basuhilah aku daripada dosa-dosaku dengan air, salji dan embun.”

Panjang ulama berbahas dan mensyarahkan doa ini. Doa ini sebenarnya berasal daripada tiga keratan doa, yang dianggap doa istiftah yang terbaik menurut sebahagian ahli hadith.

Dosa itu ibarat kepanasan api neraka, maka kita memerlukan air untuk memadamkannya.

Namun, dosa itu ada pelbagai bahagian. Ada dosa kecil, ada besar, ada dosa dengan orang, ada dosa dengan Tuhan, ada dosa tidak diketahui, ada diketahui, ada yang sengaja dan ada yang tidak sengaja.

Ada dosa yang disedari namun sukar dielakkan kerana kelemahan kita sebagai manusia.

Tambahan pula, dosa-dosa apabila berkumpul, ia mengakibatkan karat. Karat itu sukar ditanggalkan.

Dosa itu kotoran. Jika kotoran terkena baju, ada masa kita hanya memerlukan sabun biasa untuk menghilangkan kotoran tersebut.

Ada masa, kita terpaksa untuk menggunakan clorox dan pewangi.

“Begitulah dengan dosa. Kita memerlukan pelbagai jenis pembersih untuk menghilangkannya; air, salji dan embun.”

Seperti doa kita yang diajarkan oleh Allah Taala dalam ayat terakhir surah al-Baqarah.

وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ

Tiga bentuk keampunan diperlukan untuk menghapuskan dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan.

Al-‘afw, keampunan dengan harapan Allah Taala akan memadamkan rekod-rekod dosa yang kita lakukan.

Al-maghfirah, keampunan dengan harapan Allah Taala menyembunyikan aib kita dan memelihara maruah kita.

Al-rahmah, dengan harapan agar Allah Taala memelihara diri kita daripada terus-menerus terjebak dalam dosa dan kekal mendapat rahmat-Nya.

Ini ialah sebahagian kecil daripada syarahan ulama yang saya kongsikan. Insha Allah, panjang lagi isi dan nilai boleh kita kongsikan dalam daurah nanti.

“Daurah Memahami Bacaan-bacaan Dalam Solat.”

Kredit: https://www.facebook.com/102281454490993/posts/464887678230367/

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });