Dia Tegur Kenapa Saya Baca Al-Quran Sambil Berjalan...


Masjid

Selesai Subuh.

Selesai solat subuh di surau tadi, saya mengambil keputusan membaca al-Quran di ruang beranda surau, bahagian belakang.

Kebiasaannya saya membaca al-Quran sambil berjalan. Tujuannya, saya mahu otot-otot saya bergerak di samping saya lebih cergas dengan berjalan.

Pengerusi surau nampak keadaan saya, memberikan isyarat agar saya duduk. Saya senyum sahaja.

Beberapa minit kemudian, pengerusi yang sangat baik dan sangat cintakan ilmu itu datang sekali lagi.

Beliau berkata, “Menurut seorang ustaz yang mengajar, lebih sopan kita membaca al-Quran sambil duduk.”

Saya termanggu-manggu dibuatnya.

Jujurnya, saya tidak pernah mendengar maklumat tersebut dan sepanjang pengajian di sekolah dahulu, kami sudah biasa membaca al-Quran dalam keadaan duduk menggerakkan badan depan belakang, berjalan, berbaring, malah, sambil menunggu giliran untuk makan.

Saya maklumkan kepada beliau, “Haji, setiap perkara melibatkan ibadah mesti ada dalil. Jika haji katakan duduk lebih sopan daripada berdiri, apakah dalilnya?”

Sedangkan al-Quran mentakrifkan definisi Ulil Albab sebagai “yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk, dan berbaring.”

Kita membaca al-Quran dalam solat ketika berdiri, bukan ketika duduk.

Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam berbaring sambil meletakkan kepala di atas ribaan Ummul Mukminin ‘A’ishah radhiyallah ‘anha yang ketika itu sedang uzur syarie.

Jadi, mengapa dikatakan duduk lebih utama? Itu yang saya musykil. Pun begitu, berbaring bukanlah satu pilihan. Perbincangan ini antara duduk dengan berdiri.

Saya juga teringat perkongsian sahabat saya, cikgu ustaz Romei Mat Noor tentang kaedah menghafaz yang pelbagai.

Tidak duduk sahaja, malah sambil bermain-main kerusi dan sebagainya, kerana menurut kemampuan dirinya, kaedah itu membantu khusyuk dan memudahkan hafazan.

Saudaramu,
Khair.

Kredit:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218328405294084&id=1010425585

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });