Poligamiscam: Perempuan Penuh Emosi


Wanita

Perempuan Makhluk Beremosi.

Sempat saya meneliti beberapa komen netizen berkenaan Analisis Scam Poligami yang melibatkan Puan Mona Din, Tuan Haji Ajib dan Dr Maza.

Antara komen netizen yang boleh saya rumuskan dengan ayat sendiri, mafhumnya,

“Perempuan dan emosi tidak terpisah.”

“Perempuan 1 akal 9 nafsu.”

“Patutlah orang perempuan tidak boleh menjadi pemimpin.”

“Orang perempuan tu kena muhasabah diri, kenapa sampai suami nak berpoligami.”

Saya terduduk membaca komen-komen yang bagi saya menyalahi konsep al-Quran dan sunnah salla Allah ‘alaih wa sallam yang amat memuliakan kaum wanita; ibu, anak perempuan, isteri.

Satu, tidakkah kita sedar bahawa ibu kita juga seorang perempuan?

Dua, kaum lelaki yang dikatakan tenang tidak beremosi, bukankah mereka yang beremosi dalam Sidang Parlimen dan begitu beremosi mengejar pangkat kekuasaan?

Tiga, sudah berapa ramai orang perempuan memegang tampuk kepimpinan tertinggi dalam pelbagai bidang, dan terbukti kepimpinan sebahagian mereka lebih baik daripada kebanyakan lelaki?

Empat, jika orang perempuan dikatakan beremosi tidak membenarkan suami berpoligami, suami pula mengapa tidak dikatakan beremosi untuk berpoligami.

Lima, jika perempuan diminta bermuhasabah kenapa suami ingin berpoligami, maka mengapa suami tidak diminta bermuhasabah kenapa mahu berpoligami?

Enam, kita sebagai lelaki perlu sedar, kerana nafsu dan emosi lah, berapa ramai kaum lelaki terlibat dalam jenayah dan dosa?

Membunuh!?

Merogol!?

Meragut!?

Rasuah!?

Perang!?

Menindas!?

Mengapa lelaki tidak dikatakan makhluk beremosi?

Tujuh, tiada satu pun hadith yang sahih menyatakan kaum perempuan mempunyai 1 akal dan 9 emosi dan lelaki sebaliknya.

Lapan, orang perempuan sering dikaitkan dengan cemburu. Saya cukup tidak faham tentang isu ini.

a- Ada ke isteri tidak cemburu jika suami mahu berkahwin lain?

b- Salahkah cemburu? Bukankah itu fitrah? Jika kita menyalahkan cemburu, seolah-olah kita menyalahkan Tuhan yang menciptakan perasaan tersebut.

Sembilan, berapa ramai kaum lelaki dalam sejarah telah beremosi dengan memalsukan hadith antaranya bertujuan mengampu pemerintah.

Itu emosi dan nafsu yang paling buruk dan memualkan dalam sejarah.

Sepuluh, sedarlah wahai lelaki. Ibu kita seorang perempuan. Mungkin kita ada anak perempuan. Mungkin kita ada adik beradik perempuan.

Isteri-isteri Nabi salla Allah ‘alaih wa sallam, juga perempuan.

Cukuplah mengata-ngata. Hormatilah ciptaan Allah Taala.

Allah Taala yang menciptakan orang perempuan. Memburukkan mereka, bermakna memburukkan ciptaan Allah.

Melainkan kita sudah sombong dan berasa sebelah kaki sudah berada dalam syurga, teruskan agenda memburukkan orang perempuan.

Memalukan!!!

Saudaramu,
Khair.

Kredit: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218481472040657&id=1010425585

Poligamiscam.
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });