Dajjal - Tanda Akhir Zaman


Pokok, kemarau

DAJJAL-DAJJAL

 

Sebelum kedatangan Dajjal besar, umat Islam akan didatangi oleh dajjal-dajjal kecil terlebih dahulu.

يَكُونُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ

"Akan muncul pada akhir zaman dajjal-dajjal para pendusta..." (HR Muslim)

Dajjal itu berasal daripada perkataan dajala, iaitu bermaksud الكذب التغطية والتمويه menipu, menutupi atau menyembunyikan.

Di dalam riwayat yang lain menyebut;

وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبًا مِنْ ثَلَاثِينَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ

" Tidak akan terjadinya kiamat sehinggalah dibangkitkan dajjal-dajjal yang menipu yang mana jumlah mereka lebih kurang 30 orang. Setiap daripada mereka mendakwa bahawa dialah utusan Allah.”

[HR. Al-Bukhari (3609), Al-Tirmizi (2218) dan Abu Daud (4333)]

Hadith ini menunjukkan dajjal yang berjumlah 30 orang itu ialah yang mendakwa sebagai nabi dan utusan Allah. Manakala dajjal yang menipu dan menyesatkan umat pula tanpa mendakwa dirinya sebagai nabi dan rasul itu jumlahnya adalah lebih ramai.

Mereka itu dipanggil dajjal sebab menipu dalam agama, menipu dalam jual beli, menipu manusia tentang pelbagai perkara dan mendakwa sesuatu yang tidak benar.

Dajjal-dajjal yang menipu itu boleh sahaja memakai kopiah, lebai, serban, jubah dan purdah.

Mereka boleh bergelar ustaz-ustazah, pensyarah, ahli politik, pakar motivasi dan penulis buku atau ahli perniagaan atau pelbagai lagi gelaran.

Hakikatnya mereka adalah dajjal iaitu yang berdusta, menipu dan menyembunyikan kebenaran!

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada  keburukan fitnah Al-Masih Al-Dajjal…”

Kredit: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3217134225058477&id=100002857926668

Dajjalkemaraupokok
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });