5 Doa Power Yang Boleh Diamalkan Sebagai Penawar Ketika Bersedih


Dalam kehidupan yang dilalui manusia setiap hari, pasti perjalanannya penuh dengan liku-liku. Ada masa kita berada di atas dan ada masa kita berada di bawah.

 

Tak setiap masa manusia akan berada dalam perasaan yang penuh dengan kegembiraan. Sebab kadang-kadang manusia akan diuji juga dengan perasaan sedih, marah, kecewa dan sebagainya.

 

Perasaan-perasaan ini hadir daripada ujian-ujian yang berlaku dan ujian itu adalah sebagai salah satu pengalaman yang perlu diterokai dengan hati yang lapang. Ia bukanlah kesusahan kerana Allah lemparkan kita dalam situasi itu dengan mengetahui bahawa kita mampu.

 

“Allah dah tak sayang aku ke? Lepas satu, satu masalah yang datang”

 

“Ya Allah, asyik repeat sem je ni. Bila nak grad ni?”

 

Dan macam-macam lagi perkara yang Allah beri kepada hambaNya sebagai bukti bahawa manusia itu mampu.

 

Jadi, kuncinya di sini adalah jangan bersedih terlalu lama. Perasaan itu tidak perlu dilayan sebaliknya ganti ia dengan perkara-perkara positif.

 

Cuba pandang ke hadapan dan fikir pada penyelesaian. Banyak sebenarnya cara untuk menjadi positif dan salah satunya adalah kembali kepada tuhan.

 

Sebelum ini, kami ada berkongsi mengenai 13 ayat Al-Quran yang boleh dilihat sebagai terapi buat hati yang sedang berduka.

 

Kali ini, kami akan berkongsi pula kepada anda mengenai 5 jenis doa yang boleh diamalkan untuk membantu merawat hati yang sedang dilanda kesedihan.

 

#1 – اللهمَّ لا سهلَ إلا ما جعلتَه سهلًا ، و أنت تجعلُ الحَزْنَ إذا شئتَ سهلًا

Maksud: “Wahai tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya.” (Hadis Riwayat Ibn Hiban, no. 974)

 

#2 – اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من الجبن والبخل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1555)

 

#3 –  لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksud: “Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Anbiya, 21:87)

 

#4 – رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِ يَفْقَهُوا قَوْلِ

Maksud: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagikut tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.” (Surah Taha, 20:25-28)

 

#5 – حَسْبُنَا اللَّـهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksud: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).” (Surah Al-Imran, 3:173)

 

Kesimpulan

Apabila berada dalam kegembiraan, keseronokan mahupun ketika dilimpahi nikmat, mudah sangat untuk sesetengah manusia melupakan tuhan.

 

Namun, apabila diuji dengan kesedihan, kekecewaan mahupun duka cita, bagaimana keadaan kita?

 

Apa kata, cuba ambil masa ini untuk kembali perlahan-lahan kepada tuhan supaya kita akan sentiasa mengingatiNya dalam apa jua keadaan.

 

Doa-doa ini boleh dibaca dan diamalkan yang mana dirasakan bersesuaian dan mudah untuk dihafal.

doaamalanagama
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });