Amalkan Ayat Ini Setiap Hari Untuk Menjemput Rezeki Dan Jauh Daripada Kesusahan!


 

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu; dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu; bebanmu, Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami telah memasyhurkan sebutanmu. Maka sesungguhnya di setiap masalah pasti disertai jalan keluar, sesungguhnya di setiap masalah disertai jalan keluar, Kemudian apabila engkau bertekad, maka berusahalah, dan kepada Tuhanmu saja hendaklah kamu menaruh harapan.”

 

Itulah surah Al-Inshirah atau Surat Alam Nasyrah yang merupakan surah ke 94 di dalam al-Quran. Surah ini terdiri daripada 8 ayat dan termasuk dalam golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan selepas surah Adh-Dhuha.

 

Kelebihan Surah Al-Insyirah

 

1) Barang siapa melazimi membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

 

2) Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

 

3) Barang siapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

 

4) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardu, nescaya hilang dukacitanya dan Allah SWT akan luaskan rezekinya.

 

5) Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

 

6) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.

 

Kredit artikel: IslamItuIndah.com   

 

 

amalsurahrezeki
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });