Sahkah Solat Jika Terkentut Selepas Memberi Salam Pertama?


Umum mengetahui, apabila kentut di dalam solat maka solat tersebut adalah batal. Wajib ke atas individu tersebut untuk memulakan solatnya dari awal.

 

Namun, jika individu itu terkentut selepas memberikan salam pertama di dalam solatnya, maka dia tidak perlu mengulangi solat tersebut.

 

Hal ini kerana, solat tersebut adalah sah. Namun, solatnya perlu diselesaikan setakat itu sahaja tanpa perlu menyambung pada salam yang kedua.

 

Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA;

 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ فِي الصَّلَاةِ تَسْلِيمَةً وَاحِدَةً تِلْقَاءَ وَجْهِهِ يَمِيلُ إِلَى الشِّقِّ الْأَيْمَنِ قَلِيلًا

Maksud: “Rasulullah SAW melakukan salam sekali ketika solat ke arah depan dengan menoleh sedikit ke kanan.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 296)

 

Solatnya sah kerana ia sempat mendapat salam pertama, iaitu perkara rukun solat. Melalui penjelasan dalam kitab Alfiqhul Manhaji menyebut:

 

Maksud: “Adapun jika hadas setelah salam pertama dan sebelum salam kedua, maka solatnya sempurna dah sah.”

 

 

Kesimpulan

Justeru, dalam hal ini, solatnya tidak perlu diulang dan dia juga tidak perlu memberi salam yang kedua.

 

Bahkan, sebahagian daripada jumhur mazhab Syafi’e berkata bahawa hukumnya haram. Hal ini kerana, dia meneruskan solat dalam keadaan berhadas.

 

Rujukan:

https://muftiwp.gov.my/

 

hukumsolatagama
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });