Jangan Tidur Lepas Solat Subuh Nanti Rezeki Liat Masuk!


Dalam kuliah Subuh dengan isteri dan anak-anak pagi semalam saya sebut, lepas solat Subuh jangan tidur.

 

Kalau tak tidur lepas solat Subuh, rezeki kita murah. Orang yang tidur lepas solat Subuh, payah rezekinya.

 

“Macamana murah rezeki tak tidur lepas solat Subuh?”, tanya si Zulfa.

 

Ahaaa... macamana nak jawab soalan macam ni? Mencabar betul nak terang kepada budak umur 9 tahun. KBAT jugak soalan cenggini.

 

Ok, dia macam ni.

 

Katakanlah kita tidur lepas solat Subuh. Pukul 9, pukul 10 baru bangun. Then masa tu la terhegeh-hegeh nak pergi kedai cari makan pagi.

 

Sampai kedai, roti canai dah habis, nasi lemak ikan pun dah habis. Apa je yang tinggal? Takde apa dah kan?

 

Tapi kalau kita lepas Subuh tak sambung tidur. Lepas tu kita siap-siap terus pergi kedai. Apa makanan yang ada? Mesti la semua pun ada kan?

 

Kita nak roti canai, roti canai ada. Kita nak nasi lemak ikan, nasi lemak ikan ada. Semua makanan yang sedap-sedap semuanya ada dan masih banyak lagi.

Itulah murah rezeki kalau tak tidur lepas Subuh.

 

“Oooo...”, respon serentak anak-anak.

 

Orang dulu-dulu, pagi buta gelap lagi dah keluar menoreh. Yang ke bendang pun pagi-pagi. Diorang tak tidur lepas Subuh.

Dah dekat tengah hari, banyak kerja dah selesai. Bawa balik hasil, sikit sebanyak untuk keluarga. Murah rezeki diorang.

 

Sama jugak dengan kita sekarang ni. Walaupun tak kerja bendang, tak buat kebun, tapi kalau amalkan tak tidur lepas Subuh, hari kita akan jadi hari yang mudah. Tu pun kira murah rezeki jugak tu.

 

Pagi-pagi dah bergerak aktif. Set meeting sana-sini. Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Semua tu tanda berkatnya waktu pagi.

 

Orang yang tak tidur lepas solat Subuh ni insan cemerlang. Kalau pelajar, dia pelajar cemerlang. Kalau dia pekerja, dia akan dapat award pekerja cemerlang.

 

Tambah-tambah kalau hujung minggu. Ramai orang ambil keputusan sambung tidur lepas solat Subuh. Nak berehat katanya. Tapi konsep rehat tu tak betul tu. Kena perbetulkan.

 

Ada 1 doa yang Nabi SAW baca untuk orang yang berpagi-pagi mencari rezeki tak tidur lepas Subuh tau!

 

“Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi mereka”.

 

Orang yang tak tidur lepas Subuh, sibuk buat macam-macam aktiviti berfaedah, for sure masuk dalam doa ni tersebut.

 

Waktu pagi ni otak fresh, udara pun fresh. Kalau nak buat sesuatu yang melibatkan otak bagus, yang melibatkan fizikal pun boleh. Pendek kata semua bagus la.

Kalau nak hafaz Quran pun bagus.

 

So, plan betul-betul waktu pagi kita sepanjang PKP ni. Jangan asyik nak membuto ajo. Tambah pulak kalau anak dara. Teruk benar nampaknya bangun tengahari buta.

 

Jangan la macam tu. Sepatutnya isi waktu lepas solat Subuh dengan macam-macam aktiviti yang berfaedah. Berfaedah untuk diri sendiri dan berfaedah untuk orang lain.

 

Banyak pahalanya nanti. Banyak manfaatnya nanti. Banyak kesannya nanti.

 

Anak-anak kita tengok pun, mereka akan ikut tabiat kita. Kalau kita tak tidur lepas solat Subuh, diorang ikut tak tidur. Kalau kita tidur, mereka pun akan tidur balik lepas solat Subuh.

 

Ingat tu; JANGAN TIDUR LEPAS SOLAT SUBUH.

 

 

 

Kredit artikel: FB Khairul Anuar Basri

Tidur Subuh
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });