Menyapu Muka Selepas Berdoa – Adakah Adab Atau Sunnah?


Selepas berdoa, kebiasaannya kita akan mengaminkan doa tersebut dengan menyapu muka menggunakan tangan yang ditadah tadi.

 

Ada yang mengatakan bahawa perbuatan menyapu muka itu adalah bid’ah kerana ia bukanlah sebuah perbuatan yang diamalkan oleh Baginda SAW, namun sebahagian ulama juga mengatakan bahawa ia hanyalah adab semata-mata.

 

إذاسألتم الله فأسئلوه ببطون اكفكم ولا تسألوه يظهرها وامسحوابها وجوهكم

Maksud: “Apabila kalian memohon kepada Allah (berdoa), maka mohonlah dengan bahagian dalam tapak tangan kalian dan jangan kalian memohon dengan bahagian belakangnya. Dan sapulah dengannya (tapak tangan) muka kalian.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1486)

 

Walau bagaimanapun, perbuatan ini juga sebenarnya telah mendapat perselisihan para ulama kerana ada juga yang mengatakan bahawa ia sebenarnya adalah salah satu daripada perbuatan Baginda SAW. Namun, menurut sebahagian ulama, hadis di atas sebenarnya merupakan hadis daif.

 

Imam Al-San’ani pula berpendapat bahawa ia adalah hadis yang boleh dijadikan hujah kerana mendapat sokongan daripada riwayat yang lain seperti Imam Abu Daud daripada riwayat Ibn Abbas RA.

 

Menurut Imam An-Nawawi, perbuatan menyapu muka selepas berdoa merupakan antara adab yang dianjurkan ketika berdoa.

 

وَمِنْ آدَابِ الدُّعَاءِ كَوْنُهُ فِي الْأَوْقَاتِ وَالْأَمَاكِنِ وَالْأَحْوَالِ الشَّرِيفَةِ وَاسْتِقْبَالُ الْقِبْلَةِ وَرَفْعُ يَدَيْهِ وَمَسْحُ وَجْهِهِ بَعْدَ فَرَاغِهِ

Maksud: “Antara adab berdoa adalah memilih waktu-waktu, tempat-tempat dan keadaan-keadaan yang mulia, mengadap ke arah kiblat, mengangkat tangan, menyapu muka selepas selesai daripadanya.” (kitab Al-Majmu’, 655-656/4)

 

Hadis ini menguatkan lagi sokongan terhadap hadis daif yang disebut bahawa Baginda SAW menyuruh agar umatnya menyapu muka selepas berdoa.

 

Walau bagaimanapun, menurut pendapat yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah, perbuatan menyapu muka itu hanyalah termasuk di dalam adab-adab berdoa. Jika tidak menyapunya, maka tidak mengapa.

 

 

Wallahu a’alam.

Kredit: Tzkrh.com

Gambar: iluminasi.com

 

ibadathukumsolat
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });