Wanita Haid Juga Perlu Qada Solat. Ini penjelasannya!


“Eh, bukannya orang yang haid tak perlu gantikan (qada) solat?”

 

Pemahaman ini sebenarnya tidak tepat. Orang yang datang haid atau nifas masih perlu menggantikan solat namun solat pada permulaan haid dan akhir haid sahaja. Ia juga bergantung kepada waktu seseorang itu datang haid dan waktu haid kering.

 

Keadaan Pada Waktu Datang Haid

 

Seandainya dia belum menunaikan sembahyang pada waktu tersebut, maka sembahyang wajib digantikan semula.

Contoh:

 

Seseorang itu datang haid pada waktu Subuh dan dia belum solat, maka solat Subuh itu perlu diqada’ semula.

 

Contoh kedua, jika seseorang datang haid pada waktu Zuhur, dan dia tidak sempat menunaikan solat Zohor, maka solat Zohor itu juga perlu digantikan semula.

 

Walau bagaimanapun, jika haid datang dan waktu solat baru sahaja masuk (dalam kadar dia tidak sempat untuk menunaikannya), maka dia tidak wajib untuk menggantikannya.

 

Contohnya, waktu Maghrib masuk pada jam 7.29 dan haid datang pada jam 7.30, maka dia tidak wajib menggantikan solat tersebut.

 

Keadaan Pada Waktu Habis Haid

Jika seseorang itu tamat haid pada waktu yang boleh dijamak solat, maka dia juga perlu menggantikan solat sebelumnya.

 

Contoh:

 

Jika tamat haid pada waktu solat Asar, maka dia juga wajib menunaikan solat Asar dan menggantikan Solat Zuhur sebelumnya.

 

Jika tamat haid pada waktu Solat Isyak, maka perlu menunaikan Solat Isyak dan menggantikan Solat Maghrib.

 

Wallahualam.

 

Sumber: Tzkrh.com

Gambar: Says.com

hukumakidahhaidhwanita
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });