9 Sunnah Yang Boleh Diamalkan Dalam Bulan Ramadan


Taufiq Tuah | 27-04-2020

 

1. BERSAHUR

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.”

 (Muttafaqun 'alaih)


 

2. BERBUKA DI AWAL WAKTU

وَعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

وَلِلتِّرْمِذِيِّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : أَحَبُّ عِبَادِي إلَيَّ أَعْجَلُهُمْ فِطْرًا

Dari Sahl bin Sa’ad R.A bahawa Rasulullah SAS bersabda, “Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan waktu berbuka.” 

(Muttafaqun ‘alaih).

 

 

3. MEMULAKAN BERBUKA DENGAN RUTAB

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

“Dari Anas bin Malik, ia berkata : Nabi SAW biasa berbuka puasa sebelum solat dengan rutab (kurma basah),  jika tidak ada rutab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), dan jika tidak ada tamar, beliau meminum seteguk air”

( Riwayat Abu Daud: No. 2356)



4. BERSOLAT TERAWIH / TARAWIH (QIYAMURRAMADHAN)

أن رسول الله خرج ليلة في جوف الليلف قصلّى في المسجد و صلّى رجال بصلاته فأصبح الناس فتحدثوا فاجتمع أكثر منهم فصلّى فصلوا معه فأصبح الناس فتحدثوا فكثر أهل المسجد من الليلة الثالثة فخرج رسول الله فصلى بصلاته،فلما كانت الليلة الرابعة عجز المسجد عن أهله حتى خرج لصلاة الصبح،فلما قضىالفجر أقبل على الناس فتشهد ثم قال :”أما فإنه لم يخف عليّ مكانكم و لكني خشيت أن تفرض عليكم فتعجزوا عنها”.فتوفي رسول الله و الأمر على ذلك.

 Rasulullah SAW keluar pada suatu malam lalu solat di masjid, dan solat bersamanya beberapa orang dengan solatnya, lalu pada pagi harinya manusia memperkatakan hal itu,maka berkumpul lah orang lebih banyak dari mereka, lalu (Rasulullah) solat dan solat bersamanya orang-orang tersebut. Lalu keesokan harinya manusia memperkatakan hal itu, maka banyaklah ahli masjid pada malam ke tiga, lalu Rasulullah keluar dan solat bersama mereka. Ketika malam keempat masjid tidak dapat menampung ahlinya sehingga beliau keluar untuk solat subuh, ketika selesai subuh, beliau menghadap manusia, lalu bertasyahud dan berkata: “Adapun kemudian, tidaklah mengkhawatirkanku kedudukan kalian, akan tetapi aku takut diwajibkan hal ini atas kalian lalu kalian tidak mampu melaksanakannya.” Lalu Rasulullah meninggal dan perkara tersebut tetap dalam keadaan tidak berjamaah.

(Muttafaqun 'alaih)


 

5. MEMBACA AL-QURAN

أن جبريل كان يعْرضُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ كُلَّ عَامٍ مَرَّةً ، فَعرضَ عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ فِي الْعَامِ الَّذِي قُبِضَ فيه

“Dahulu Jibril mendatangi dan mengajarkan Al-Quran kepada Nabi SAW setiap tahun sekali (pada bulan Ramadhan). Pada tahun wafatnya Rasulullah SAW Jibril mendatangi dan mengajarkan Al-Quran kepada beliau sebanyak dua kali (untuk mengukuhkan dan memahirkannya)”

( Riwayat Imam Bukhari )


 

6. BERIKTIKAF DI MASJID

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِى قُبِضَ فِيهِ اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا

“Nabi SAW biasa beritikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Beliau beritikaf selama dua puluh hari”.

(Riwayat Imam Bukhari)

 

 

8. BERSEDEKAH

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.”

(Riwayat Imam Bukhari)



9. BERSAHUR DI AKHIR WAKTU

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الص

 َّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

Maksudnya: “Kami dulu pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW lalu baginda bangun untuk melakukan solat.” Aku -Anas- berkata, “Berapakah jarak antara azan (maksudnya iqamah) dengan makan sahur?” Zaid menjawab, “Dengan kadar waktu yang diperlukan untuk membaca lima puluh ayat.”

 (Riwayat Imam Bukhari)

 

Kredit: Gerakan Pena Malaysia

sunnahramadansahuralqurantarawih
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });