Mengapa Sedekah Pada Hari Jumaat 'Special' Berbanding Hari Lain?


Sedekah Pada Hari Jumaat

Soalan: Adakah ada keutamaan khusus sedekah hari jumaat?

Jawapan:

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Kami tidak pernah menjumpai dalil khusus yang menganjurkan sedekah di hari jumaat. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya tentang sedekah yang paling utama, dan jawapan baginda dikaitkan dengan sifat dan kondisi orang yang bersedekah.

Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu menceritakan, bahawa ada seseorang yang bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling afdhal?’

Jawab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam,

أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَأْمُلُ الْعَيْشَ وَتَخْشَى الْفَقْرَ

"Sedekah yang engkau berikan ketika engkau masih muda, kedekut harta, bertumpuk angan-angan untuk hidup mewah, dan takut fakir." (HR. Ahmad 7407, Nasai 2554, dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

Betapa sulitnya orang bersedekah di saat dia sedang mengejar kariernya, harapannya, obsesinya, dan cita-citanya.

Hanya saja, ada beberapa keterangan ulama yang menganjurkan sedekah di hari jumaat, mengingat keutamaan hari jumaat itu.  

Kaedah umum terkait tingkatan keutamaan amal, bahawa amal yang dikerjakan di waktu mulia, memiliki nilai keutamaan yang lebih besar, dibandingkan amal yang dikerjakan di waktu kurang mulia.

Berikut beberapa keterangan ulama tentang keutamaan sedekah hari jumaat,

Pertama, keterangan as-Syarbini – ulama Syafiiyah – (w. 977 H)

Dalam kitabnya al-Iqna fi Halli Alfadz Abi Syuja’, beliau menjelaskan tentang hari jumaat. Beliau menyatakan tentang sedekah hari jumat,

ويسن كثرة الصدقة وفعل الخير في يومها وليلتها، ويكثر من الصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم في يومها وليلتها لخبر: إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة، فأكثروا علي من الصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي

Dianjurkan memperbanyak sedekah dan beramal soleh di hari jumaat atau malam jumaat. Memperbanyak selawat untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di malam atau siang hari jumaat. Berdasarkan hadis: “Sesungguhnya hari yang paling afdhal adalah hari jumaat. Kerana itu, perbanyaklah membaca selawat untukku. Kerana selawat kalian diperlihat kepadaku.” (al-Iqna’, 1/170)

Kedua, keterangan Ibnul Qoyim – ulama hambali – (w. 751),

Dalam kitabnya Zadul Ma’ad, beliau menyebutkan beberapa keistimewaan hari jumaat,

الخامسة والعشرون: أن للصدقة فيه مزية عليها في سائر الأيام، والصدقة فيه بالنسبة إلى سائر أيام الأسبوع ، كالصدقة في شهر رمضان بالنسبة إلى سائر الشهور. وشاهدت شيخ الإسلام ابن تيمية قدس الله روحه، إذا خرج إلى الجمعة يأخذ ما وجد في البيت من خبز أو غيره، فيتصدق به في طريقه سرا، وسمعته يقول: إذا كان الله قد أمرنا بالصدقة بين يدي مناجاة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فالصدقة بين يدي مناجاته تعالى أفضل وأولى بالفضيلة

Keutamaan yang kedua puluh lima,

Bahawa sedekah di hari jumaat memiliki keistimewaan khusus dibandingkan hari yang lain. Sedekah di hari jumaat, dibandingkan dengan sedekah di hari yang lain, seperti perbandingan antara sedekah di bulan ramadhan dengan sedekah di selain ramadhan. Saya pernah melihat Syaikhul Islam – rahimahullah – apabila beliau berangkat ke solat jumaat, beliau membawa apa yang ada di rumah, baik roti atau yang lainnya, dan beliau sedekahkan kepada orang di jalan diam-diam. Saya pernah mendengar beliau mengatakan,

“Apabila Allah memerintahkan kita untuk bersedekah sebelum menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka bersedekah sebelum menghadap Allah lebih afdhal dan lebih besar keutamaannya.” (Zadul Ma’ad, 1/407).

Kerana itu, tradisi di masyarakat kita dengan memberikan infaq setiap jumaat, insyaaAllah termasuk tradisi yang baik. Meskipun kita menganjurkan agar situasi ini tidak dibatasi selama hari jumaat saja. Termasuk, tidak membatasi hanya diberikan untuk masjid sahaja. Banyak masjid di sekitar kita dananya melimpah. Sementara di sebelahnya ada orang muslim soleh yang lebih memerlukan bantuan.

Allahu a’lam.

Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasisyariah.com)


Read more https://konsultasisyariah.com/24693-keutamaan-sedekah-hari-jumat.html

sedekahjumaat
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });