Doa A’fiyah, pendek Tapi Power. Amalkan Untuk Tolak Penyakit &Bala!


Gambar Goggle

Doa adalah senjata mukmin. Apa sahaja yang kita nak doa saja kepada Allah Swt. Tapi ingat, lafaz doa haruslah daripada Allah Swt dan Rasul sahaja. Namun kita tetap juga boleh berdoa selagi apa yang didoakan itu baik dan tidak bercanggah dengan agama. Ingat, jangan sekali-kali doakan keburukan kepada orang lain.

Sebenarnya, doa yang paling sempurna ialah apabila kita sertakan sekali adab-adab, garis panduan dan syarat-syaratnya supaya doa itu merupakan permohonan yang paling berkualiti di sisi Allah Swt.

Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi Saw sebagaimana yang dinukilkan oleh iman al-Nawawi dalam kitabnya al-Adzkar yang bermaksud:

“Ya Allah, sesuangguhnya aku memohon pada-mu kemapunan dan keselamatan (áfiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan kaselamatan (a’afiyah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku: dari depan, belakang, kanan, kiri dan atasku serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.” – Riwayat Abu Daud, no 5074)

Kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al- A’fiyah adalah keselamatan (kesejahteraan ) daripada penyakit-penyakit  dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, A’fiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yangberada di badan.

Menurut syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al- A’fiyah adalah banteng Allah kepada hamba-Nya. Maka orang yang memohonnya adalah seorang yang sedang memohon peliharaan daripada Tuhan di atas apa yang diniatkan itu.

Al-A’fiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada badan daripada segala penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada ahli keluarga, harta daripada segala bala dan musibah.

Marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini supaya sentiasa berada dalam keselamatan dan jagaan Allah Swt. Doa yang pendek tapi power. Tak amal rugi!

Afiyahdoamustajab
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });