Sudah dikatakan lebih 1400 tahun yang lalu...


Ketika dunia sedang bergelut untuk mengawal pandemic COVID-19, media antarabangsa mula melihat kepada apa yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW berkaitan kebersihan dan kesihatan.

Kerap membasuh tangan, self-isolation dan mengelak sentuhan fizikal yang menjadi langkah-langkah pencegahan melawan coronavirus merupakan sebahagian daripada prinsip utama dalam Islam.

“Prophet Muhammad’s Incredible Tips for Surviving the Pandemic” adalah tajuk sebuah artikel yag dikeluarkan oleh Spanish Newspaper ABC pada 3 April.

Tulisan ini mengetengahkan cadangan-cadangan daripada pakar-pakar kesihatan bagi mengawal penyebaran COVID-19 dan mereka membandingkannya dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

“Ia sesuatu yang sangat hebat untuk difikirkan bahawa 1300 tahun yang lalu, seorang yang buta huruf (ummi)… tidak mengetahui perkara saintifik, tetapi dia sudah tahu apa yang patut dibuat sewaktu pandemik, langkah demi langkah. Namanya adalah Muhammad, dia mendirikan agama Islam.., dia memberitahu cara-cara untuk mengelak pandemik,”

Dalam satu lagi artikel yang diterbitkan oleh majalah di Amerika iaitu Newsweek pada 17 Mac, seorang ilmuwan Amerika bernama Craig Considine mengetengahkan dan menjelaskan cara-cara yang diajar oleh Nabi Muhammad bagi mengelak jangkitan.

“Walaupun dikenali sebagai pakar tradisional untuk penyakit-penyakit bahaya, Muhammad mampu memberi nasihat-nasihat yang betul bagi menghalang dan melawan penyakit seperti COVID-19,” tulis artikel berkenaan.

“Jika kamu mendengar ada penularan wabak di sesuatu tempat, jadi jangan masuk. Tetapi jika wabak berlaku di tempat kamu tinggal, maka jangan tinggalkan tempat kamu,” Considine menukil kata-kata Nabi Muhammad, dan hadis ini menjadi petunjuk kepada maksud kuarantin.

Kebersihan dan menjaga kebersihan juga merupakan perkara asas dalam Islam, kata beliau, dengan menerangkan bagaimana orang Islam perlu mengambil wuduk setiap kali sembahyang.

Considine menukilkan sebuah hadis lain iaitu, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Pada akhir penulisannya, Considine mengkritik kelompok yang percaya bahawa iman dan doa sudah cukup untuk menjauhkan mereka daripada penyakit.  

Nabi Muhammad selalu mengalakkan kita untuk mendapatkan rawatan perubatan dan ubat-ubatan, kata Considine lagi dengan menukil sebuah hadis, “Berubatlah kerana Allah tidak menjadikan penyakit tanpa ada penawarnya, kecuali satu - usia tua.”

Nabi Muhammad ‘berharap yang manusia menggunakan common sense mereka,' Considine menyimpulkan.   

 

Artikel asal : https://www.moroccoworldnews.com/2020/04/298609/covid-19-foreign-media-feature-prophet-muhammads-hygiene-teachings/?fbclid=IwAR3m-is4CdbF3fV9-mPyMt5w8Qn0h5-oc4uPeHotMaCrUZsUnhzq8-vKgnA

covid19pandemik
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });